Gaya Hidup / Lifestyle

Rebat Menarik “Mari Sama-Sama Kita Enjoy” Hari Kebangsaan Ini

Bersempena menyambut tahun ke-59 Hari Kebangsaan, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menawarkan tawaran hebat untuk pelanggan di seluruh negara di mana model Toyota terpilih akan ditawarkan dengan aksesori tambahan tanpa dikenakan bayaran dan juga tambahan rebat tunai sehingga RM8,000. Promosi Hari Kebangsaan “Mari Sama-Sama Kita Enjoy”  berakhir Ogos 2016.

Rebat tunai adalah untuk varian terpilih Toyota Vios, Toyota Corolla Altis, Toyota Camry Hybrid, Toyota Innova, Toyota Avanza dan Toyota Hilux.

August Promo Leaflet

Butiran untuk rebat dan aksesori percuma adalah seperti berikut:

 

Model Promosi Hari Kebangsaan “Mari Sama-Sama Kita Enjoy”
Vios Rebat Tunai sehingga RM7,500 + Aksesori percuma
Altis Rebat Tunai  RM5,500 + Aksesori percuma
Camry Hybrid Rebat Tunai  RM8,000
Avanza Rebat Tunai  RM1,500
Innova Rebat Tunai  sehingga  RM6,000 + Aksesori percuma
Hilux Rebat Tunai  sehingga  RM4,000

Tawaran ini juga boleh didapati di semua cawangan UMWT di seluruh negara serta peniaga Toyota yang sah. Bergantung kepada model, aksesori percuma terdiri daripada Upgraded DVD-Audio System dengan Reverse Camera, Daytime Running Lights, Front Footwell Illumination, Portable Tyre Pump, Toyota Premium Security & Solar Film dan Perakam Video Digital (untuk paparan rakaman melalui windscreen kenderaan ). Semua aksesori telah diuji dan dipasang oleh kakitangan berkelayakan di UMWT Accessories Centre di Integrated Quality Hub di Bukit Raja, Selangor.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Semua model Toyota di keluarkan pada tahun ini 2016 dan dilengkapi dengan 5 tahun waranti / perbatuan tanpa had (kecuali untuk Hilux yang mempunyai perbatuan maksimum 150,000 kms) yang boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya jika ia masih sah pada masa pemindahan pemilikan. Untuk Camry Hibrid, pek bateri untuk Hibrid Toyota Synergy Drive mempunyai jaminan sehingga 8 tahun.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan, UMW Toyota Motor juga akan menganjurkan pameran bergerak di seluruh negara untuk membawa pameran kepada pelanggan, supaya mereka boleh melihat dan memandu uji model Toyota terkini. Bagi mereka yang mungkin telah terlepas promosi jualan mereka sebelum ini, ini adalah satu lagi peluang yang baik untuk memiliki model Toyota baharu sambil menikmati rebat tunai dan juga menerima aksesori berkualiti tinggi  Toyota dengan percuma.

Roadshow ini akan diadakan di tujuh lokasi, termasuk dua di Malaysia Timur, di antara 10 Ogos dan 28 Ogos. Butir-butir mengenai tempat dan tarikh adalah seperti berikut:

Region Lokasi Tarikh
Central LG, Oval, 1Utama, PJ 10 – 14 Ogos
LG, Centre Court, IOI City Mall 17 – 21 Ogos
North Central Square, Sungai Petani 11 – 14 Ogos
South Atrium, Sutera Mall, JB 12 – 14 Ogos
East Centre Court, Mesra Mall, Kertih 18 – 22 Ogos
Sabah Imago Shopping Mall, KK Times Square, KK 26 – 28 Ogos
Sarawak Boulevard Mall, New Wing, Kuching 19 – 21 Ogos

Untuk maklumat mengenai model-model Toyota atau lokasi bilik pameran di seluruh negara, sila layari toyota.com.my atau hubungi TOYOTA Telefon percuma: 1800-8-TOYOTA (869682).

For information on the Toyota models or the locations of showrooms nationwide, please visit toyota.com.my or call TOYOTA FREEPHONE: 1800-8-TOYOTA (869682).

It's all about the drive this National Day_final

 

-Ends-

Previous post

PROTON Memperkenalkan Aplikasi Rasmi Mudah Alih MyProton

Next post

Kia Motors America Meraikan Rekod Tinggi Jualan Pra-milik

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *