Gaya Hidup / Lifestyle

PROTON Memperkenalkan Aplikasi Rasmi Mudah Alih MyProton

PROTON Holdings Berhad (“PROTON” atau “Syarikat”) telah memperkenalkan MyProton, aplikasi mudah alih yang baharu bertujuan untuk memberi kemudahan kepada semua pelanggan yang memiliki kereta Proton. Pada masa yang sama, membenarkan mereka dan semua bakal pengguna Proton untuk membuat temu janji bagi memandu uji kereta Proton. Aplikasi ini boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store.

Photo 1 (1)

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berikut adalah kemudahan yang disediakan melalui aplikasi MyProton:

 Temu janji untuk memandu uji kereta Proton;

 Temu janji bagi servis atau penyelenggaraan kereta;

 Sambungan ke panggilan Mobile Assist untuk bantuan;

 Maklumat mengenai semua model Proton;

 Maklumat terkini mengenai promosi dan acara semasa;

 Lokasi jualan PROTON dan pusat-pusat perkhidmatan;

 Sambungan ke saluran media sosial PROTON – Facebook, Instagram dan Youtube; dan

 Kalkulator pengiraan pinjaman

Photo 3

 

“PROTON menyediakan akses kemudahan untuk pelanggan bagi mendapatkan maklumat di hujung jari seiring dengan keperluan pelanggan yang semakin moden. Kami memahami bahawa dalam persekitaran yang pesat dan maju, cara terbaik untuk mencapai dan memaklumkan pelanggan adalah melalui aplikasi mudah alih ini. Ini menjadikan perhubungan kepada pelanggan lebih cekap dan berkesan.” kata Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Photo 4

“Hari ini, kebanyakan daripada kita bergantung kepada telefon pintar dalam pelbagai situasi seperti membuat temu janji, mendapatkan maklumat, dan untuk membeli produk serta mendapatkan perkhidmatan. Dengan aplikasi mudah alih MyProton, pelanggan kini boleh menggunakan telefon pintar mereka untuk membuat temu janji menyelenggara dan memandu uji kereta Proton.” tambah Dato’ Fuaad.

Photo 2 (1)

Dalam fasa perkembangan seterusnya, MyProton menyediakan akses kemudahan bagi pelanggan untuk menyemak status tempahan kereta, rekod penyelenggaraan, peringatan untuk menyelenggara kereta mereka dan banyak lagi.

Photo 6

Aplikasi MyProton ini adalah sebahagian daripada inisiatif mengutamakan pelanggan.

Photo 5

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau emel di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau laman rasmi Facebook kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial untuk keterangan lanjut.

Photo 7

Previous post

Raikan Merdeka Dengan Tawaran Hebat Mitsubishi!

Next post

Rebat Menarik "Mari Sama-Sama Kita Enjoy" Hari Kebangsaan Ini

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *