Gaya Hidup

Porsche Museum Sertai Ennstal Classic Dengan 11 Kereta Sport Klasik

Porsche Museum memberikan sentuhan berprestij pada kejohanan rali Ennstal Classic di Australia baru-baru ini dengan penyertaan beberapa buah kereta sport klasik seperti 356 Coupé, 356 Speedster, 356 B GS Carrera GTL Abarth, 550 Spyder dan juga 718 RS 60 Spyder.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Barisan kereta klasik itu dipadankan pula dengan pelumba-pelumba handalan termasuk waris Porsche sendiri iaitu Dr. Wolfgang Porsche, pengurus projek LMP1 Fritz Enzinger, dan juga juara bertahan LMP1 iaitu Mark Webber, pemenang Le Mans Neel Jani, pemandu lagenda Porsche Hans-Joachem dan pemandu kilang Porsche GT iaitu Richard Lietz.

S16_0434

Sebanyak 198 kereta klasik dari tahun 1972 dan sebelumnya – 20% daripadanya adalah model Porsche – mengambil bahagian dalam perlumbaan endurance dengan 30 peringkat yang diadakan selama 30 hari itu.

S16_0432

Kejohanan Ennstal Classic telah diadakan sejak 1993 dan kini dikenali sebagai salah satu saingan kereta klasik paling sengit. Sudah tentu, jenama Porsche tidak asing lagi dalam kejohanan tersebut. Ia pernah diwakili pemandu-pemandu hebat seperti juara rali dunia dua kali Walter Röhrl, pemenang rali Mille Miglia Paul-Ernst Strähle serta Eberhard Mahle.

S16_0435

Objektif utama pasukan Porsche Museum dalam kejohanan yang berlangsung di Alps Austria itu adalah untuk mengalami kehebatan berlumba pada 2,000 meter dari aras laut. Namun apa yang paling penting adalah kesemua 11 kereta yang menyertai kejohanan itu menamatkan perlumbaan tanpa sebarang kerosakan, walaupun setelah dipandu sejauh 1,000 km.

Previous post

Edoardo Mortara Kembali ke Saingan Audi R8 LMS Cup di Sepang

Next post

Datsun Kembali Ke Sri Lanka Dengan 'redi-GO' Semua BaHAru

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *