Gaya Hidup

Edoardo Mortara Kembali ke Saingan Audi R8 LMS Cup di Sepang

Perlumbaan Audi R8 LMS Cup pusingan ke 5 dan 6 menjadi yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang menjadi agenda utama hujung minggu ini. Berlumba untuk pasukan Audi Hong Kong, Edoardo Mortara bakal menghangatkan lagi saingan di antara bintang terkenal dan darah muda dalam kejohanan ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dalam senarai kedudukan, hanya empat mata menjadi pemisah di antara tiga pemandu teratas. Alessio Picariello dari MGT Team by Absolute mendahului dengan 65 mata hasil dari tiga kemenangan di tempat kedua dalam empat perlumbaan pertama, diikuti oleh Alex Yoong dari Audi TEDA Racing Team dengan 62 mata dan Martin Rump di tempat ketiga dengan 61 mata.

SJM Macau GT Cup

Tempat keempat pula diduduki oleh Marchy Lee yang mewakili Audi Hong Kong dengan 49 mata. Beliau akan disertai oleh Mortara, yang membuat kemunculan semula dalam Audi R8 LMS Cup sebagai pemandu ketiga dalam kejohanan DTM 2016. Beliau juga dikenali sebagai “Mr. Macau” kerana pernah memenangi Formula di Macau GP sebanyak dua kali.

2016 Audi R8 LMS Cup

“Audi R8 LMS Cup telah mempunyai tiga pemenang berbeza dari empat perlumbaan musim ini, membuktikan daya saing siri perlumbaan ini,” Pengarah Audi Sport, Bernrd Goeres berkata.

 

 

Previous post

Harga Volvo XC60, V40 Kini Lebih Murah Dengan Status EEV

Next post

Porsche Museum Sertai Ennstal Classic Dengan 11 Kereta Sport Klasik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *