Gaya Hidup

Jangan Mudah Melatah: 6 Perkara Yang Perlu Dibuat Untuk Elak Marah di Jalan Raya

Kita semua pernah mengalaminya – kesesakan jalan raya, pemandu tidak bertimbang rasa dan memandu dalam cuaca buruk…menempuh pelbagai situasi jalan raya dan kesesakan boleh membuatkan anda rasa tertekan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Bank Dunia pada tahun 2015, rakyat Malaysia menghabiskan masa di antara 270 hingga 500 juta jam akibat kesesakan trafik di bandar raya Kuala Lumpur. Berbaris panjang dalam kesesakan trafik boleh menyebabkan tekanan yang tinggi – malah, perunding Frost & Sullivan mendapati bahawa lebih 40 peratus rakyat Malaysia menyifatkannya sebagai punca tekanan nombor satu ketika berada di atas jalan raya.

Satu kaji selidik yang dijalankan oleh Ford Motor Company mengenai keadaan perjalanan di Asia Pasifik mendapati majoriti responden di Malaysia menyatakan mereka menghabiskan lebih banyak masa di atas jalan raya berbanding tahun sebelumnya. 30.6 peratus juga mengakui kesesakan trafik sebagai bahagian paling teruk dalam perjalanan mereka.

Tahu bagaimana untuk menangani situasi ini adalah penting bagi mengurus tahap tekanan anda. Selain membantu memastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat.

Bersikap emosional tidak membuatkan kita berasa lega – ia hanya melepaskan kekecewaan kepada pemandu lain dan menyebarkan kemarahan di atas jalan raya.

Sebaliknya, cuba rancang sesuatu sebelum anda masuk ke dalam kereta. Tahu apa yang perlu anda lakukan dapat membantu mengelak tekanan apabila anda terpaksa menempuhnya.

LED Road-005

Sebelum Anda Memandu

1.Berikan jarak masa

Ini mungkin kedengaran mudah, tetapi kegagalan untuk memberi ruang masa apabila bergerak ke tempat kerja atau berjumpa seseorang boleh mencetuskan tekanan yang tidak perlu. Jadi, berikan ruang masa untuk kelewatan yang tidak dijangka.

2. Dapatkan sedikit rehat

Memandu dalam keadaan penat boleh membuatkan anda rasa tertekan – dan berbahaya. Mendapat tidur yang cukup sebelum memandu merupakan satu cara yang bagus untuk kekal tenang dan rasional. Berehat dalam perjalanan juga tidak kurang pentingnya. Kenderaan moden kini mempunyai sistem yang memantau tingkah laku pemanduan dan mengingatkan anda supaya berehat jika ia mendapati pemandu mula hilang fokus – petanda pemandu sudah penat.

3. Minda yang peka, pemanduan yang menyeronokkan

Buat satu tetapan yang mengingatkan anda kenapa kereta itu seronok dipandu – mainkan lagu yang ingin anda dengar. Senarai lagu atau stesen radio yang betul boleh membantu anda mengurangkan tekanan apabila terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Dengan volum bunyi yang sewajarnya, ia dapat membantu pemandu berasa lebih tenang.

Ketika Memandu

4. Pandu dengan lancar

Sekiranya membazirkan minyak (dan wang) memberi tekanan ketika kenderaan melahu dalam kesesakan trafik, ingat bahawa pemanduan yang lancar boleh membantu mengurangkan penggunaan bahan api. Tidak ada sebab kenapa perlu pandu secara melulu untuk jarak lima meter di hadapan, sedangkan anda perlu berhenti semula. Bergerak dan brek dengan lancar dalam keadan trafik sesak boleh membantu anda pergi lebih jauh.

Adaptive-Cruise-Control-small Ford

5. Berikan ruang kepada diri anda

Mengekori kenderaan hadapan dengan terlalu rapat adalah berbahaya untuk semua dan boleh menjadi punca kepada kemalangan – pastikan jarak yang selamat di antara kereta anda dan kenderaan di hadapan. Sistem kawalan jelajah berdasarkan kepada radar terbukti berkesan membantu anda mengekalkan jarak yang selamat. Sesetengah sistem, seperti Adaptive Cruise Control Ford hadir bersama teknologi Forward Collision Alert yang memberi amaran kepada anda jika ia mengesan risiko pelanggaran dengan kenderaan hadapan adalah tinggi.

Jika mendapati anda diekori rapat, beralah dan biarkan kenderaan di belakang memotong. Tidak perlu membazir tenaga melayan pemandu tidak berhemah!

6. Pandu dengan selamat

Pastikan keselamatan diri. Jangan hon, menjeling atau membuat gestur tangan yang kasar. Tarik nafas panjang-panjang. Walaupun anda tidak boleh mengawal trafik atau pemandu lain, anda boleh mengawal tingkah laku sendiri. Terlibat dalam konflik sememangnya tidak menguntungkan sesiapa. Ia juga tidak membuatkan anda keluar dari trafik dengan lebih pantas.

Previous post

10 Finalis Malaysia Mengambil Bahagian Dalam Mediacorp Subaru Car Challenge 2016 - Asian Face-Off

Next post

Range Rover Sport Akan Menampilkan Enjin Diesel 2.0 Liter Tahun Depan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin