Gaya Hidup

10 Finalis Malaysia Mengambil Bahagian Dalam Mediacorp Subaru Car Challenge 2016 – Asian Face-Off

Motor Image Malaysia, pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, baru saja mengumumkan 10 peserta akhir yang akan mewakili negara dalam MediaCorp Subaru Car Challenge 2016 – The Asian Face-Off yang akan datang di Singapura.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Subaru Palm Challenge 2016 – Malaysia Face-Off berlaku semalam di Piazza, The Curve, Mutiara Damansara. Selepas sembilan jam dan tiga minit, 10 rakyat Malaysia berjaya untuk layak ke acara kemuncak majlis di Singapura.

Untuk kekal dalam pertandingan, para peserta mesti melekatkan tapak tangan mereka pada kenderaan pada setiap masa dan hanya diberi rehat 10 minit setiap enam jam untuk menikmati makanan atau melawat bilik air. Mereka juga terpaksa bertahan dengan keadaan yang mencabar, termasuk cuaca panas dan cabaran-cabaran yang sukar.

10 perserta akhir Subaru Palm Challenge 2016 – Malaysia Face-Off

  1. Lee Hoong Kit
  2. Tan Chuan Kok
  3. Chang Wei Khang
  4. Lai Zhu Chuan
  5. Sharul Sofian Bin Sharom
  6. Kee Wee Chong
  7. Viswanath A/L Francis Dobbie
  8. Loh Sai Mun
  9. Yeong Shao Yei
  10. Mohd Khairul Quayum

Di MediaCorp Subaru Car Challenge 2016 – The Asian Face-Off di Singapura, 10 peserta akhir Malaysia akan menghadapi 390 peserta lain dari Kemboja, China, Hong Kong, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam untuk memenangi Subaru XV baru bernilai RM126 , 000.

Subaru-XV-2

 

Previous post

Kos Memandu Berteknologi Autonomi Meningkat Dengan Kemalangan Tesla

Next post

Jangan Mudah Melatah: 6 Perkara Yang Perlu Dibuat Untuk Elak Marah di Jalan Raya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *