Gaya Hidup

Volkswagen Malaysia dan Nana Mahazan Sokong Matlamat Keselamatan Kanak-Kanak Dengan Peraduan Online

Volkswagen Malaysia dan selebriti tempatan Nana Mahazan hari ini menyerahkan kerusi kanak-kanak Volkswagen kepada Cik Afiqah Tarmizi, pemenang pertandingan Instagram “Nana VW Giveaway”.

Pertandingan dianjurkan oleh Nana melalui akaun Instagram beliau, adalah sebahagian daripada colabrasi dengan Volkswagen Malaysia untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan kanak-kanak. Nana juga baru-baru membintangi  video keselamatan kerusi kanak-kanak Volkswagen di bawah kerjasama ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Inisiatif ini adalah salah satu daripada aktiviti yang dijalankan oleh Volkswagen Malaysia, sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang mereka untuk menyerlahkan kepentingan keselamatan kanak-kanak di Malaysia. Hafikah, 25 tahun dari Kuala Selangor, menerima kerusi kanak-kanak Volkswagen (G1 ISOFIX DUO Plus Top Tether), yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak dengan berat antara 9 -18kg

Photo 2

Diimport sepenuhnya  dari Jerman, kerusi kanak-kanak Volkswagen ini bernilai RM1,700.

“Keselamatan kerusi Kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan, dan saya tahu sangat mengenai ini apabila saya sendiri kemalangan dengan bayi saya baru berusia tiga bulan, duduk di atas riba saya di tempat duduk depan. Kami benar-benar perlu membuat satu usaha untuk memastikan mereka selamat diikat dalam kereta. Hadiah ini amat tepat pada masanya kerana kami akan memandu pulang Raya ini, jadi terima kasih Volkswagen Malaysia dan Nana Mahazan, “kata Hafikah.

Untuk pertandingan Instagram “Nana VW Giveaway” ini, ibu bapa telah dijemput untuk mengemukakan gambar bersama-sama dengan anak-anak mereka, dan melengkapkan slogan. pertandingan dari 25 Jun hingga 30 Jun, dan menerima lebih 200 penyertaan daripada peserta di seluruh negara.

Penyertaan boleh dilihat dengan menaip #NanaVWGiveaway #VWBuckleUp hashtag di Instagram.

 

Previous post

Bentley Kuala Lumpur Mengilhamkan Pelajar Menjadi Luar Biasa

Next post

Honda NSX, Fakta & Angka Yang Kita Mahu Tahu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *