Gaya Hidup

Kempen MINI Bangsar Charity Test-Drive Sempena Bulan Ramadan Ini.

Bersempena bulan suci Ramadan ini, MINI Ingress Auto Bangsar sedang giat mengumpul dana untuk bantuan makanan kepada golongan gelandangan melalui apa yang mereka panggil Kempen Charity Test-Drive .

Bagi setiap uji pandu kereta mereka dari sekarang hingga 30 Jun, Ingress Auto akan menderma RM 10 kepada PERTIWI Soup Kitchen untuk menyediakan makanan percuma kepada masyarakat miskin yang tiada tempat tinggal di Kuala Lumpur.

Sesiapa yang ke kedai mereka dan juga bakal pelanggan dialu-alukan untuk menderma kepada kempen  #MINIBangsarCharityTestDrive.

Terletak di Jalan Maarof tidak jauh dari  bilik pameran perdana MINI, PERTIWI Soup Kitchen menyediakan perkhidmatan kemanusiaan  bantuan makanan kepada yang tidak kira miskin, tiada tempat tinggal, bangsa dan agama. Dengan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat melarat di tengah bandar secara tetap, sokongan tambahan telah diberi kepada golonganmereka yang bersedia untuk lebih berdikari. Sementara itu, perkhidmatan perubatan yang mudah alih di bawah PERTIWI Healthcare Services membantu mereka mendapatkan rawatan asas untuk penyakit biasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, hubungi Ingress Auto Bangsar di 03 2287 9988 atau layari laman Facebook rasmi MINI Bangsar facebook.com/minibangsar

 

Screen Shot 2016-06-09 at 10.13.33 PM

Previous post

Toyota Di Tangga Teratas Sekali Lagi

Next post

Telsa Melawan Lexus

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *