Gaya Hidup

Goodyear Serah Pek Hari Raya

Pengeluar tayar terkemuka Goodyear mengingatkan pengguna jalan raya untuk memeriksa kendeeran mereka dan berhati-hati di jalan raya semasa musim perayaan ini melalui pemberian Hari Raya Thoughtful Pack.

Initiatif ini adalah sebahagian dari Goodyear Better Future yang merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Diserahkan kepada pengguna jalan raya yang melalui plaza tol Batu Tiga, Shah Alam, pek tersebut mengandungi kurma Mesir serta buku penyelenggaraan tayar asas Goodyear yang bertujuan melengkapkan pengguna dengan pengetahuan yang diperlukan untuk memeriksa tayar dan kenderaan mereka sebelum pulang ke kampung halaman.

“Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat berkongsi kegembiraan dengan warga Malaysia yang menyambut Hari Raya, dan juga mengingatkan mereka untuk memeriksaan kenderaan untuk perjalanan yang menyeronokkan,” kata Chee Lip Choon, Pengarah Jualan Goodyear Malaysia.

Goodyear juga mengadakan promosi Hari Raya yang boleh didapati di mana-mana kedai Goodyear yang mengambil bahagian di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.goodyear.com.my/ atau https://www.facebook.com/GoodyearMalaysia/.

Previous post

Pemenang Bertuah Peraduan Toyota Bawa Pulang Corolla Altis Dan Vios TRD Sportivo

Next post

Shell Malaysia Akan Derma 1 Sen Untuk Setiap 1 Liter Minyak Yang Dipam

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *