Gaya Hidup

Pemenang Bertuah Peraduan Toyota Bawa Pulang Corolla Altis Dan Vios TRD Sportivo

Pemenang dua pertandingan yang dijalankan oleh UMW Toyota Motor baru-baru ini telah menerima hadiah mereka termasuk sebuah Corolla Altis 1.8G dan sebuah Vios TRD Sportivo . Hadiah disampaikan di satu majlis yang diadakan di bilik pameran Toyota di Subang Jaya.

Peraduan Beli & Menang Toyota dibuka kepada pelanggan yang telah membeli dan mendaftar (untuk kegunaan peribadi) mana-mana kenderaan Toyota dari 1 Februari sehingga 31 Mei 2016. Ia juga ditawarkan sepanjang Toyota WOW Road Tour & Roadshows edisi ketiga.

Pemenang Corolla Altis 1.8G baru (dengan pelekat ‘sporty’) ialah Noraini binti Shafii, ahli perniagaan yang merupakan kontraktor penyelenggaraan bas ekspres dan pembekal baja.

Mr. Khong Man Cheong, Executive Director of UMWT handed over the mock key to the lucky winner, Pn Noraini Shafii and her husband

Sum Choo Sin, penyelaras jualan di Nikon (M) Sdn Bhd, memenangi sebuah Vios TRD Sportivo baru (dengan pelekat ‘sporty’). Seperti Noraini , dia juga terkejut apabila menjadi seorang pemenang, terutamanya selepas diberitahu bahawa terdapat ramai peserta lain dalam tempoh yang sama.

UMW Toyota Motor juga memberi ganjaran kepada pelanggan yang datang mencuba model Toyota di bilik pameran di seluruh negara dengan Peraduan Pandu Uji & Menang. Diadakan dari 13 Feb hingga 31 Mei 2016, pertandingan itu menarik lebih 10,000 penyertaan. Untuk layak, pelanggan hanya perlu pandu uji mana-mana model Toyota dan isi borang penyertaan.

200 pemenang bertuah telah dipilih secara rawak melalui proses undian digital dan masing-masing menerima baucar membeli-belah bernilai RM500.

Mr. Khong Man Cheong, Executive Director of UMWT handed over the mock key to the Vios lucky winner, Ms Sum Choo Sin (middle)

Orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut tentang promosi terkini di semua bilik pameran Toyota atau di www.toyota.com.my/highlights.

Previous post

Honda Accord Hibrid 2017 Mungkin Datang Ke Malaysia

Next post

Goodyear Serah Pek Hari Raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *