Gaya Hidup

Shell Malaysia Akan Derma 1 Sen Untuk Setiap 1 Liter Minyak Yang Dipam

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Shell akan menyumbangkan 1 sen bagi setiap 1 liter minyak yang dipam di mana-mana stesen Shell di seluruh negara pada 1, 2 dan 3 Julai (Jumaat, Sabtu, Ahad). Dana yang dikumpul akan digunakan untuk meningkatkan dan mengubah kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh negara.

Ini adalah tahun kedua syarikat itu menjalankan kempen ini. Tahun lalu, Shell berjaya menyediakan dana untuk lima organisasi kebajikan kanak-kanak. Atas kemurahan hati pengguna jalan raya Malaysia, pertubuhan-pertubuhan ini dapat menyediakan program pendidikan tambahan, mengubahsuai kemudahan dan menaik taraf pejabat mereka.

Tahun ini, dengan sokongan pelanggan dan rakan kongsi, Shell akan mengumpul dana untuk diagihkan kepada enam organisasi kebajikan terpilih iaitu Persatuan Dyslexia Malaysia, Pusat Harian Kanak-Kanak Spastik Bandar Ipoh, Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Johor Bahru, Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (Rumah Putera Dan Puteri Harapan), Seri Mengasih Centre Sabah and Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak.

Selain itu, pengguna kad BonusLink juga berpeluang untuk menukar mata yang dikumpul kepada sumbangan. Untuk setiap 100 mata, ahli BonusLink boleh menyumbang sejumlah RM1 untuk membantu organisasi-organisasi tersebut.

Previous post

Goodyear Serah Pek Hari Raya

Next post

Jazeman Jaafar Pamer Aksi Bertenaga Di Paul Ricard

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *