Gaya Hidup

Adakah VW Beetle Akan Dipencenkan?

Era Volkswagen Beetle mungkin berakhir kira-kira 2 tahun lagi jika pengurusan VW menorak langkah ke arah kenderaan crossover dan kompak rekreasi 4 × 4. Selepas hanya 20 tahun dan dua generasi Beetle ‘moden’, kereta ikonik ini akan dihentikan untuk memberi laluan kepada crossover yang membosankan.

VWBeetle-Karmann

Volkswagen Beetle telah dihasilkan pada tahun 1998 dan membuka pasaran niche untuk pasaran reka bentuk moden-retro. Ia membuka jalan untuk model lain seperti Ford Mustang dan Mini Cooper yang mempunyai tindak balas yang hebat dan nombor jualan yang menarik.

Populariti Beetle bertahan untuk bertahun-tahun tetapi terus menurun, terutama di Amerika Syarikat dimana mengikut sejarah adalah pasarannya yang terbaik. Pada tahun 2015, ia telah menurun kepada 22,667 penghantaran atau 22.3% penurunan dalam jualan walaupun model generasi kedua Beetle dilancarkan pada tahun 2012. Dari Januari tahun ini sehingga Mac, jumlah Beetle telah dianggarkan menurun kepada 42.1%.

Penurunan ini boleh dikaitkan dengan trend yang berubah-ubah dalam pasaran pengguna auto dari kereta tradisional kepada kenderaan utiliti. Pengguna telah menaik taraf kepada kenderaan jenis SUV  / Crossover dimana pembuat sedang bertumpang kejayaannya.

Walau bagaimanapun Volkswagen masih belum mengesahkannya tetapi khabar anginnya agak kuat.

VWBeetle-Karmann1

Previous post

Ford EcoBoost 1.0 Liter Menang Anugerah Enjin Kecil Terbaik untuk Lima Tahun Berturut-turut  

Next post

GT Australia: M-Motorsport Kembali Ke Podium Di Phillip Island

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *