Gaya Hidup

Ford EcoBoost 1.0 Liter Menang Anugerah Enjin Kecil Terbaik untuk Lima Tahun Berturut-turut  

Enjin kecil tetapi berkuasa Ford 1.0 liter EcoBoost telah dipilih sebagai enjin terbaik dalam kelasnya pada acara Anugerah Enjin Terbaik Antarabangsa (International Engine of the Year Awards) untuk lima tahun berturut-turut. Para juri memuji kombinasi kualiti pemanduan, prestasi, penjimatan, kelancaran dan teknologinya yang terus menetapkan standard baharu.

Enjin EcoBoost tiga silinder yang menjimatkan itu dinamakan sebagai “Enjin Terbaik di Bawah 1.0 liter” oleh panel 65 orang wartawan pemotoran dari 31 buah negara. Ini bermakna ia telah memenangi kelas tersebut setiap tahun sejak dilancarkan. Tahun ini, ia mengalahkan 32 buah enjin lain, 19 lebih banyak berbanding tahun 2012. Lebih signifikan lagi, tahun 2015 menyaksikan peningkatan saingan daripada pengeluar automotif global untuk enjin sub 1.0 liter, dengan sistem turbo dan pancitan terus bahan api.

Pada tahun 2014, 1.0-liter EcoBoost menjadi enjin pertama yang dipilih sebagai enjin terbaik antarabangsa (International Engine of the Year) secara keseluruhan selama tiga tahun berturut-turut. Ia juga dinamakan Enjin Baharu Terbaik pada tahun 2012.

EcoBoost_EOTY2014_02

“Enjin 1.0-liter EcoBoost adalah pengubah permainan. Walaupun pengeluar lain cuba untuk mengikut jejak langkah kami, ia tetap tidak mampu dicabar selama lima tahun dalam kelasnya,” kata Naib Presiden Pembangunan Produk Ford Asia Pasifik, Trevor Worthington. “Ia membuktikan bagaimana kami terus melakukan inovasi untuk menawarkan penjimatan dan kuasa yang dimahukan oleh pelanggan di Asia Pasifik menerusi lebih banyak enjin EcoBoost pada rangkaian produk Ford yang kian berkembang.”

Ditawarkan di 72 buah negara di seluruh dunia, enjin 1.0 liter EcoBoost yang padat dengan kuasa ini telah mencabar persepsi pemandu tentang keupayaan enjin bersaiz kecil. Sebuah kereta lumba Formula Ford yang boleh dipandu di jalan raya biasa dilengkapi versi enjin berkuasa tinggi ini mampu mencatat masa 7 minit 22 saat di litar terkenal Nürburgring, Jerman. Rekod itu meletakkannya sebaris dengan beberapa model supercar seperti Lamborghini Aventador, Ferrari Enzo dan Pagani Zonda yang berkuasa lebih 600hp.

Di Asia Pasifik, enjin yang telah memenangi banyak anugerah ini boleh di beberapa pasaran menerusi model Fiesta, EcoSport dan Focus.

Di peringkat global, rangkaian enjin EcoBoost Ford yang berkuasa tetapi menjimatkan bahan api merangkumi 1.5 liter, 1.6 liter, 2.0 liter, 2.3 liter empat silinder, 2.7 liter dan 3.5 liter V6. Enjin 3.5-liter V6 digunakan pada supercar Ford GT serba baharu yang akan kembali bersaing dalam perlumbaan Le Mans hujung bulan ini.

1.0L-EcoBoostEngine-05

Sebagai maklum balas kepada permintaan yang kian meningkat terhadap kenderaan cekap tenaga di pasaran Asia Pasifik, enjin EcoBoost kini boleh didapati pada lebih 20 buah kenderaan, peningkatan lima kali ganda dari tahun 2012. Tahun lalu, satu daripada empat kenderaan Ford yang dibeli di Asia Pasifik dilengkapi enjin EcoBoost.

“Pencapaian memenangi anugerah keseluruhan sebanyak tiga kali dan terus mendapat undian para juri jelas membuktikan betapa istimewanya enjin 1.0 liter EcoBoost ini,” kata Pengerusi Bersama anugerah International Engine of the Year kali ke-18 yang diadakan di Stuttgart Jerman, Dean Slavnich. Beliau juga ialah ketua editor majalah Engine Technology International.

“Ia menjadi bukti terbaik tentang bagaimana pengurangan saiz dan penjimatan bahan api tidak bermakna aspek lain seperti kuasa, kelancaran dan kualiti pemanduan terpaksa dikorbankan. Malah ia mampu meningkatkan elemen-elemen tersebut.”

EcoBoost_EOTY2014_01

Previous post

Tempahan Untuk Toyota Sienta, Alphard Dan Vellfire Dibuka

Next post

Adakah VW Beetle Akan Dipencenkan?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *