Berita Auto

GT Australia: M-Motorsport Kembali Ke Podium Di Phillip Island

Selepas pusingan ketiga kejohanan GT Australia awal bulan ini, pasukan M-Motorsport/Interlloy ke Phillip Island untuk dua perlumbaan serentak yang menggabungkan pusingan keempat GT Australia dan juga pusingan pembukaan kejohanan Endurance musim ini yang akan menyaksikan perlumbaan sebanyak 101 lap di litar terkemuka itu.

Walaupun dengan cuaca kadang-kala menyukarkan keadaan, pasukan Lamborghini yang berpangkalan di Melbourne itu berjaya mendapatkan podium ketiga mereka musim ini di akhir perlumbaan tersebut.

Sesi ujian menyaksikan kereta #48 Interlloy/Wilson Storage Gallardo R-EX GT3 menduduki tempat teratas, sebelum Justin McMillan and Glen Wood terus unggul di sesi kelayakan. Wood menggunakan tayar terpakai untuk memastikan bekalan tayar baru mereka cukup untuk kedua-dua perlumbaan berdurasi 60 minit tersebut.

M-Motorsport Interlloy Lamborghini Gallardo R-EX GT3 02

Walaupun bermula cemerlang, Wood ketinggalan jauh di belakang selepas membuat hentian di pit. McMillan mengejar kedudukan untuk memastikan mereka mengakhiri perlumbaan di tempat ke-20, tetapi ia nyata tidak mencukupi.

Perlumbaan kedua pula menyaksikan McMillan memotong empat kereta di peringkat awal perlumbaan sebelum membuat hentian di pit. Wood yang mengambil alih tugas terus memecut untuk mendahului barisan pelumbaan di lap kelapan. Wood yang terus diasak hebat Yasser Shahin dan Garth Tender terpaksa berhempas pulas untuk merampas kembali kedudukannya tetapi terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Sesi kelayakan kejohanan Endurance pula menyaksikan kereta #48 yang dipandu McMillan mencatat masa 1:29.729, cukup pantas untuk meletakkan pelumba itu di barisan ketiga petak permulaan kejohanan GT Australia. Walaupun mempunyai peluang untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu perlumbaan, Wood terpaksa berhadapan dengan bekas pelumba V8 Ute Ryal Harris yang nyata agresif.

 

Previous post

Adakah VW Beetle Akan Dipencenkan?

Next post

Kia Menyediakan Kenderaan Elektrik Kepada University California, Irvine

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *