Gaya Hidup

Kia Menyediakan Kenderaan Elektrik Kepada University California, Irvine

Kia Motors America (KMA) dan Hyundai America Technical Center, Inc. hari ini mengumumkan perkongsian telah diperluaskan dengan Advanced Power and Energy Program (APEP)  di University California, Irvine (UCI) untuk membantu membangunkan dan menunjukkan Vehicle-to-Grid (V2G) algoritma perisian pengecasan pintar. Kia akan menyediakan enam  Soul EV dengan matlamat yang dikongsi bersama dalam mewujudkan algoritma perisian yang digunakan dalam menyelaraskan pengecasan kenderaan plug-in elektrik untuk menguruskan keperluan kuasa.

 

Vehicle-to-Grid mentakrifkan sistem yang membolehkan battery electric vehicles (BEV) dan plug-in hibrid (PHEV) untuk berkomunikasi dengan grid kuasa untuk aliran kuasa dua arah pada masa yang sama grid yang berkaitan. Ini membolehkan kenderaan untuk berkhidmat sebagai penyimpanan tenaga untuk membantu menguruskan keperluan tenaga.

 

Demonstrasi dan penilaian Soul EV akan meningkatkan pemahaman tentang bagaimana BEVs diuruskan pada grid elektrik, sambil mengenal pasti cabaran dan penyelesaian untuk penempatan V2G. Selain itu, program ujian ini akan membantu meramalkan tingkah laku mengecas BEV dan PHEV   dan pemahaman lanjut kesannya pada grid.

 

Previous post

GT Australia: M-Motorsport Kembali Ke Podium Di Phillip Island

Next post

Mercedes-Benz Malaysia Lancarkan Pusat Proven Exclusivity

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *