Gaya Hidup

Mercedes-Benz Malaysia Memupuk Masa Depan Negara

Bagi Mercedes-Benz Malaysia, kejayaan perniagaan dan tanggungjawab sosial bagaikan aur dan tebing. Berpandukan kepada empat  tiang teras Corporate Social Responsibility (CSR); keselamatan jalan raya, seni dan budaya, melabur dalam pengetahuan dan sukarela perbadanan itu; Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi menegaskan komitmennya kepada masa depan negara dengan meluaskan penglibatannya dengan pelbagai kumpulan masyarakat.

Di satu majlis khas, Mercedes-Benz hari ini mengumumkan sumbangan lebih RM200,000 bagi inisiatif menyokong pertumbuhan dan pembangunan masyarakat Malaysia.

MBM-2

Penerima penajaan Mercedes-Benz Malaysia 2016  adalah, Driven Communications, untuk inisiatif menggalakkan perjalan jalan raya yang selamat; Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac); serta pendidikan NGO dan institusi, Teach for Malaysia; dan Monfort Boys Town.

Walaupun inisiatif MobileKids, Mercedes-Benz Malaysia meneruskan kerjasamanya dengan pengasas Driven Communications dan blogger automotif Malaysia, Paul Tan, untuk menggalakkan perjalanan jalan raya yang selamat dengan Program Sewaan Kerusi Kanak-kanak. Program yang diterajui oleh Driven Communications pada 2015, bertujuan untuk mendidik keluarga mengenai keselamatan jalan raya dengan menyediakan tempat duduk kereta kanak-kanak untuk sewa pada kadar siapa cepat dia dapat, penglibatan Mercedes-Benz Malaysia dalam inisiatif tahun lalu menyaksikan sumbangan sebanyak 110 tempat duduk kereta kanak-kanak. Tahun ini, syarikat itu menyumbang tambahan 135 tempat duduk kereta kanak-kanak bernilai RM50,000, membawa kepada jumlah sumbangan 245 tempat duduk kereta kanak-kanak.

MBM-1

Tahun ini, Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan penajaan tambahan RM120,000 untuk KLPac.

Mercedes-Benz Malaysia juga menyumbang lebih 200 unit komputer pra-milik kepada sekolah rendah dan Teach for Malaysia.

Penerusan perayaan tahunan untuk kanak-kanak semasa musim perayaan.

Sokongan kepada pekerja yang akan terlibat dalam program pembersihan pantai akhir tahun ini.

Menyokong kakitangannya yang mengambil bahagian dalam Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon. Sebagai penaja korporat maraton, Mercedes-Benz Malaysia akan menderma RM20,000 kepada Hospis Malaysia.

MBM-4

 

Previous post

Honda Berkuasakan Diesel Dapat Purata 100.31 Batu Segelen Dalam Perjalanan 8387 Batu

Next post

Pengendalian Lebih Mantap Serta Peningkatan Kuasa Untuk Subaru BRZ 2017

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *