Cerita Auto

Pengendalian Lebih Mantap Serta Peningkatan Kuasa Untuk Subaru BRZ 2017

Subaru of America Inc telah mengumumkan kemas kini untuk model BRZ nya yang merangkumi peningkatan prestasi, pengendalian yang lebih baik, reka bentuk yang lebih agresif serta ciri-ciri terbaharu.

Dari aspek rupa luaran, BRZ kini tampil dengan bampar hadapan baharu bersama dengan lampu LED yang dinaik taraf dengan gaya “kono-ji”. Bahagian belakang kereta berpintu dua ini pula menempatkan lampu LED penuh serta hiasan baharu di bahagian atas plat lesen.

Kereta yang terkenal dengan pusat graviti yang rendah dan pengendalian kemas ini juga didatangkan dengan beberapa ciri baharu untuk peningkatan prestasi di atas jalan dan juga lebuhraya. Antaranya ialah pegas gegelung yang dinaik taraf, peredam serta bar penstabil belakang yang lebih besar. Selain itu, terdapat juga penambahbaikan pada pendakap tupang, transmission cross-member plate serta perumah tayar belakang. Subaru juga telah meningkatkan had sistem kawalan kestabilan kereta itu yang menyaksikan nama mod “Sport ” ditukar kepada ” Track”.

17BRZ-2

Enjin boxer dua liternya juga dinaik taraf dengan penambahan komponen-komponen baharu seperti injap, aci sesondol serta kepala silinder. Dengan aliran udara yang meningkat dengan bantuan pancarongga intake dan ekzos baharu, kuasa dari enjin empat silinder ini dapat dinaikkan kepada 205 hp dan 211 Nm. Pecutan dengan kotak gear manual enam kelajuan juga dikatakan lebih cepat dengan penambahan limited-slip differential jenis Torsen dan nisbah akhir yang lebih rendah.

BRZ juga mendapat Incline Start Assist sebagai ciri standard. Sistem ini berfungsi dengan memegang kenderaan seketika jika kereta berada dalam keadaan mencondong.

Previous post

Mercedes-Benz Malaysia Memupuk Masa Depan Negara

Next post

Tayar Dunlop RoadTrekker RT 5 Dan MaxGrip AT5 Kini Di Pasaran

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *