Cerita Auto

Tayar Dunlop RoadTrekker RT 5 Dan MaxGrip AT5 Kini Di Pasaran

Continental Tyre PJ Malaysia Sdn Bhd ( CTM) telah memperkenalkan dua tayar Dunlop 4×4 baharu, Dunlop RoadTrekker RT5 dan Dunlop MaxGrip AT5 untuk pasaran negara ini. Produk-produk ini dijangka akan memenuhi permintaan untuk tayar berprestasi tinggi serta tahan lasak untuk kegunaan SUV, pikap dan crossover yang semakin meningkat.

RT5-SIDE

RoadTrekker RT5 menjanjikan prestasi perbatuan lebih tinggi dengan konsep kontur yang lebih baik berbanding model RoadTrekker RT2 yang datang sebelumnya. Kompaun bunga separa silikanya membolehkan cengkaman basah yang lebih baik dan jarak brek yang lebih pendek di samping meningkatkan prestasi perbatuan. Kedua-dua saluran ‘waterflow’ yang bertujuan menyebarkan air dengan lebih efisien boleh mengelakkan ‘hydroplaning’.

Di samping itu, bloknya yang lebih besar dan keras meningkatkan sentuhan permukaan sekaligus memastikan pengendalian yang sangat baik dan kestabilan ketika membelok.

AT5-SIDE

Tayar MaxGrip AT5 pula menawarkan perbatuan optimum sambil mengekalkan prestasi off-road. Bilah ‘zig-zag’ pelbagai sudutnya direka untuk cengkaman pada pelbagai jenis permukaan termasuk jalan berlumpur dan berbatu. Tambahan pula, gelung perlindungan sisinya meningkatkan perlindungan pada sisi tayar.

Dunlop RoadTrekker RT5 menawarkan lapan saiz yang terdiri dari 15 hingga 17 dan untuk kegunaan lebuh raya manakala Dunlop MaxGrip AT5 mempunyai enam saiz dari 15 hingga 16 inci untuk semua rupa muka bumi. Tayar-tayar ini kini boleh didapati di pengedar-pengedar CTM di seluruh negara – BestDrive Continental, Continental, Dunlop Klinikar dan Stores Viking.

Previous post

Pengendalian Lebih Mantap Serta Peningkatan Kuasa Untuk Subaru BRZ 2017

Next post

Novitec Torado Lamborghini Aventador LP 750-4 SV

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *