Gaya Hidup

BMW Malaysia Buka Pusat 4S Millennium Welt Kuantan

BMW Group Malaysia memperkenalkan Millennium Welt Kuantan sebagai penambahan terbaharu dalam rangkaian pengedarnya di Malaysia. Dengan premis yang terletak di Jalan Teluk Sisik di Kuantan, Millennium Welt Kuantan akan menyediakan kemudahan 4S (Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem) yang komprehensif kepada para pelanggan di seluruh negeri Pahang dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

BMW Millennium Welt Kuantan 02

Memiliki ruang binaan seluas 28,000 kaki persegi, pengedar 4S baharu ini diselia oleh lebih 20 orang kakitangan yang berdedikasi. Ia juga mampu mempamerkan sehingga enam buah kenderaan di ruang pamerannya.

Konsep dan seni bina Millennium Welt Kuantan menampilkan perabot serta identiti terkini jenama BMW. Ia juga menepati semua standard dan spesifikasi bertaraf antarabangsa yang ketat. Pengedaran ini turut merangkumi ruang kerja untuk kakitangan jualan dan penasihat jualan, Isetta Café, sebuah lounge pelanggan, ruang penyerahan kenderaan dan tempat perbincangan.

BMW Millennium Welt Kuantan 03

Pusat 4S Millennium Welt Kuantan BMW yang baru terletak di Lot 32, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang. Maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian 09-516 1666 atau layari laman web: www.bmw.com.my.

Previous post

Pakar-pakar Industri Auto Membantu Meningkatkan Peluang Kerja Untuk Siswazah Yang Menganggur

Next post

Honda Future FI Kini Dengan Teknologi Suntikan Bahan Api

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *