Motosikal

Honda Future FI Kini Dengan Teknologi Suntikan Bahan Api

Boon Siew Honda telah memperkenalkan model terbaharunya, Honda Future FI yang menawarkan pengalaman menunggang yang lebih baik kepada penunggang motosikal. Dengan tagline ‘Lebih Efisien, Lebih Keyakinan’, Honda Future FI kini lebih berkuasa dan mengekalkan ciri-ciri yang praktikal dan waranti tambahan untuk enjin.

Candy Red_Front View

Boon Siew Honda telah menaik taraf motosikal tersebut dengan memperkenalkan teknologi suntikan bahan api yang dinanti-nantikan. Honda Future FI yang berpandukan sistem suntikan bahan api efisien mampu menempuh perjalanan jarak jauh dengan muatan tangki yang sebesar 5.4 liter.

Satu keistimewaan Future FI adalah kebuk-U 18 liter yang masih dikekalkan sepertimana yang terdapat dalam model sebelumnya yang boleh memuatkan topi keledar muka penuh serta barang-barang peribadi untuk kemudahan pengguna.

Vital Blue Metallic_Rear View

 

Dari segi penampilan pula, Future FI boleh didapati dalam warna dan jalur badan baru dengan reka bentuk yang lebih mewah. Pada masa yang sama, penunggang akan tetap merasakan penjimatan bahan api yang menakjubkan, praktikal dan selesa yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Pelanggan boleh membuat pilihan melalui dua variasi berbeza daripada model yang sama. Variasi 1 terdiri daripada roda sporti, penghidup enjin elektrik dan brek cakera depan, manakala Variasi 2 pula menggabungkan penghidup enjin elektrik , roda sporti dan brek cakera depan dan belakang.

Honda Future FI Specs

Kedua-dua variasi dipasarkan dalam tiga warna menarik – Merah ‘Candy’, Biru Metalik dan Ungu Metalik. Honda Future FI ditawarkan pada harga pasaran dari RM6,072.74 ke RM6,358.94 (termasuk GST). Model baru ini diberi jaminan 2 tahun atau 20,000 km dan waranti tambahan 1 tahun atau 10,000km untuk enjin (yang mana terdahulu).

Previous post

BMW Malaysia Buka Pusat 4S Millennium Welt Kuantan

Next post

58,140 Unit Honda Dipanggil Semula Atas Isu Beg Udara

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *