Cerita Auto

SDAC Tawar Rebat Tunai, Bayaran Bulanan Lebih Rendah untuk Ford Fiesta & EcoSport

Pengedar Ford, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) kini menawarkan rebat tunai menarik sehingga RM6,000 serta bayaran bulanan lebih rendah untuk varian Fiesta dan EcoSport di seluruh negara, mulai sekarang hingga 30 April.

Pelanggan yang membeli Ford Fiesta 1.5L Titanium akan menerima rebat tunai sehingga RM6,000. Sementara mereka yang memilih Ford Fiesta 1.5L Sport pula boleh menikmati rebat tunai sebanyak RM4,000. Bayaran bulanan juga rendah iaitu hanya RM588 untuk kedua-dua varian Fiesta tersebut.

Pelanggan yang membeli Ford EcoSport 1.5L Titanium akan menerima rebat tunai sehingga RM5,000, sebagai tambahan kepada bayaran bulanan sebanyak RM718.

Ford Fiesta 1.5L Titanium

Untuk ketenangan minda, pelanggan yang membeli mena-mana daripada tiga varian ini boleh menikmati jaminan pengilang selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km. Di samping jaminan tambahan selama dua tahun atau 100,000km menerusi Program Jaminan Lanjutan SDAC tanpa kos ekstra.

“Menyediakan pengalaman pemilikan yang hebat bermula dengan alu-aluan yang mesra. Apa yang pasti, gabungan tawaran rebat, bayaran bulanan rendah dan jaminan lanjutan SDAC secara percuma ini merupakan satu cara terbaik untuk mengalu-alukan kedatangan pelanggan baharu ke dalam keluarga Ford,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Ford EcoSport 1.5L Titanium

Maklumat lanjut mengenai tawaran ‘Sambutan 2016’ Ford, sila layari laman web www.ford.com.my/fiesta-lowatau hubungi hotline Khidmat Pelanggan Ford di talian 1800 38 3181.

 

 

 

 

 

 

Previous post

Honda NSX GT

Next post

Q Bistro Nasi Kandar @ TTDI KL #JejakMakanRoss 022

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *