Gaya Hidup

BMW Group Guna Pendigitalan Untuk Majukan Rangkaian Produksi

BMW Group terus mengoptimumkan proses produksi di kilang BMW Group, menggunakan peluang yang meningkat dari pendigitalan.

BMW-Digitization-Factory-6

Proses yang kompleks dalam produksi boleh dijalankan lebih efisyen dengan mengaplikasikan teknologi baharu.

BMW-Digitization-Factory-7

Bagi pengeluar otomotif, pendigitalan membuka perspektif baharu dari segi kemajuan inovatif dan sistem produksi yang berorientasikan pekerja.

BMW-Digitization-Factory-2

Dengan itu, potensi dalam sistem produksi ini membolehkan syarikat bertindak balas secara personal kepada permintaan pelanggan dan meningkatkan fleksibiliti kepada rantaian pengeluaran.

BMW-Digitization-Factory-8

Berkenaan pendigitalan, BMW Group memfokuskan kepada enam ruang utama dalam produksi:

Sistem bantuan konteks- sensitif.  Alat pintar yang boleh membantu pekerja secara langsung dalam menjalankan tugas dan juga  memudahkan proses yang kompleks

Sistem robot berinovatif.  Sebagai cara untuk mengurangkan tekanan pekerja, dari segi cabaran fizikal dan tugas bukan-ergonomik kini boleh dijalankan oleh sistem robot berinovatif.

Simulasi dan pendigitalan kilang.  Penggunaan data digital menawarkan potensi yang lebih baik dari segi peningkatan kecekapan dalam pemprosesan.

Sistem perancangan dan pengawalan.  Analisis data otomatik membawa ke arah meningkatkan kualiti dan kecekapan yang sangat progresif.

Logistik pintar. Dari segi skala yang lebih besar, teknologi data pintar memberikan maklumat dalam masa untuk keseluruhan rantaian pengeluaran.

Analisis maju.  Analisis data otomatik meningkatkan proses keselamatan di kilang BMW Group.

BMW-Digitization-Factory-5

 

Previous post

Ranger Menerajui Jualan Ford Malaysia Pada Bulan Julai

Next post

Hyundai Vision G Diperkenalkan Sebelum Debut Pebble Beach

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *