Pandu Uji

Mitsubishi Triton VGT 4×4 Double Cab [A/T]

Model yang saya dapat adalah yang #2. 5 speed Auto dengan Sports Mode. 2.5L Hyper Common Rail DOHC. Intercooled Turbocharged [VGT]. Harga atas jalan dengan insuran dan GST, pendaftaran persendirian: RM101,600.00

IMG_2894 Sungguh tak ku sangka yang membawa sebuah lori pick-up akan menyeronokan. Pada 1 km pertama agak janggal sedikit. Macam tak ada pick up langsung. “Alamak,” saya terfikir … “boringlah ni.” IMG_2929 Sebaik saja saya berhadapan dengan jalan yang lenggan sikit saya cuba try tekan dan … woah! Macam kuda liar dia. Ok. Pick-up memang ada. 400 Nm pada 2,000 rpm. Tapi kena tekan. Kena jaga sikit sebab penampilan kuasanya tidak serta merta. Ada sedikit lag. IMG_3012

Sebelum ini saya kurang berminat dengan Triton kerana reka-bentuknya yang dulu melanggari kebiasaan trak-trak pick-up yang lain. Depannya bermuncung tajam menurun. Pada saya ini agak janggal. Tetapi dengan yang baru ini muncungnya tidaklah sebegitu tajam. Cukup-cukup saja. Reka-bentuknya sebegini ada sebabnya. Untuk mengurangkan drag. Co-efficient drag hanya 0.42Cd. Terbaik dalam kelas. Ini menghasilkan penjimatan minyak, peningkatan acceleration dan pengurangan bunyi angin. IMG_3014 IMG_3015 Tempat duduk selesa. Depan belakang ruang kaki luas. Hiasan dalaman memuaskan. Air-cond sejuk. Kedudukannya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.  Steering ringan. Nak buat U-Turn paling senang. Radius pemusingannya yang terbaik dalam kelas: 5.9m untuk 4WD dan 5.7 meter untuk 2WD. IMG_3021 IMG_3022 Triton VGT dikatakan pick-up yang paling berkuasa dalam kelasnya, kategori enjin 2.5L. Enjin 2.5 liter VGT 4-silinder turbodiesel ini  menghasilkan output maksimum 178 PS pada 4,000 rpm.  Mereka bukan main-main. Memang sah ianya laju. Boleh mencecah 180km/j tanpa masalah.

IMG_3019 Juga mengejutkan adalah handlingnya. Kalau dilebuhraya, jalan lurus, stabil jika dibawa laju. Tidak bergoyang-goyang. Juga tiada bunyi enjin diesel bila cruising. Bila idle baru kedengaran. IMG_3030

Saya tak berani membawa Triton ini off-road sebab saya tak biasa, tapi saya ada cuba membawanya atas pasir pantai di PD dan dia lulus cemerlang. Bila saya bawa masuk dengan 2WD dia sangkut sebab pasir longgar. Bila saya tukar ke pacuan 4WD seronok juga. Dia kesut kiri kanan sikit dan keluar dari lobang pasir dengan mudah. Tidak ada isu. Selector gear 2WD dan 4WD paling best. Tombol bulat macam iDrive BMW. Kelas gitu. Pulas saja. Sambil jalan pun boleh. Tak payah berhenti untuk tukar pacuan. IMG_3034 Kesimpulannya, Mitsubishi Triton VGT ini meyakinkan saya jika saya sudah bosan dengan kereta-kereta hot-hatch nanti dan hendak slow dan steady saya akan bertukar kepada pick-up trak dan pilihan saya pastinya adalah pick-up yang paling berkuasa. IMG_3052 Triton serba baharu. Diimport secara dipasang sepenuhnya (CBU) dari hab pengeluaran global Mitsubishi Motors di Thailand, ditawarkan dalam lima varian bagi pasaran Malaysia. Berikut adalah harga di Semenanjug Malaysia (tanpa insurans, termasuk GST untuk pendaftaran persendirian): IMG_3054

No Varian Harga atas jalan tanpa insurans, termasuk GST  (RM) Warna Pilihan
1 Triton VGT Adventure Automatic 108,273.68 Earth Green, Pearl White, Shadow Black, Red Solid
2 Triton VGT Automatic 98,549.28 Sterling Silver, Pearl White, Shadow Black
3 Triton VGT Manual 92,114.64
4 Triton Manual 83,162.68 Sterling Silver,White Solid
5 Triton Quest Manual 4×2 67,603.64

Triton serba baharu didatangkan dengan Penyenggaraan Percuma 2 tahun dan waranti kilang 3 tahun atau 100,000 km pertama. Bagi 2,000 pelanggan pertama yang menempah dan mendaftar Triton serba baharu akan menerima Kad Ganjaran PETRONAS percuma bernilai RM138 untuk Dynamic Diesel. Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, sila lawat www.mitsubishi-motors.com.my atau dengan menelefon  Mitsubishi Motors Customer Careline di talian 1800 18 6611 (9 am – 5 pm, Isnin hingga Jumat termasuk cuti umum). IMG_2906 Artikel-artikel berkaitan:

Mitsubishi Triton Serba Baharu Dilancarkan

Fakta-fakta Mitsubishi Triton 2015 Yang Anda Perlu Tahu

Mitsubishi Triton Baru Lebih Daripada Sebuah Trak

Mitsubishi Triton Kini Dengan Enjin Baru

Previous post

Porsche Boxster GTS and Cayman GTS Baru Di Malaysia

Next post

Edisi Sukan Hyundai Elantra Terhad

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *