Gaya Hidup

Powerwall Dari Tesla Membawa Keretanya Keluar Grid

Kereta elektrik Tesla adalah kereta hijau yang baik, tetapi pada Elon Musk masih banyak ruang penambahbaikkan.  Misalnya, elektrik yang menguasakan kereta, boleh dihasilkan melalui loji kuasa batu arang atau gas semulajadi.  Walaupun bahan ini menghasilkan kuasa yang lebih efisyen dari enjin petrol, masih banyak emisi dan pembaziran berlaku.

powerwall0

Muncul Tesla Powerwall, bateri rumah yang bertujuan untuk menjadikan kereta Tesla sifar emisi pada setiap peringkat.  Ini dapat dilakukan dengan asas power bank kuasa solar untuk kereta elektrik anda.  Terdapat dua versi yang dijual, yang pertama pada kadar 7kWh dan berharga US$3,000 dan versi satu lagi adalah 10kWh pada kos UC$3,500.  Dan nampaknya, beberapa unit ini boleh digabungkan juga.

powerwall4

Pada mereka yang bimbang tentang jangka hayat Powerwall, ianya datang dengan 10 tahun waranti sebagai standard, dengan tambahan 10 tahun yang disediakan.  Berukuran 86.1cm x130cmx18cm, Powerwall ini datang dengan bateri ion-lithium dalaman yang mengekalkan suhu optimum dengan sistem kawalan cecair termal.  Ianya tidaklah mudah alih, kerana beratnya 100 kg tetapi sangat efisyen, dengan lebih kurang kecekapan round-trip DC 92%.  Ianya juga boleh menguasakan rumah anda jika berlaku black out.

powerwall2

 

Previous post

Shell Helix Ultra Sambut Kejayaan Bersama Rakan Dagang

Next post

Enjin Kecekapan Tinggi Baharu Audi Untuk Audi A4 Baharu Akhir Tahun 2015

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *