Gaya Hidup

Shell Helix Ultra Sambut Kejayaan Bersama Rakan Dagang

Shell Helix sekali lagi menyambut kejayaan bagi tahun 2014 sebagai peneraju dalam jenama minyak kereta penumpang di Malaysia dengan 700 perwakilan utama rakan dagang Shell Helix premium dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.  Malam Shell Helix National Trade 2015 di Genting Highlands juga mengiktiraf 12 mekanik dari Helix Branded Workshops seluruh Negara sebagai Platinum Heroes di atas komitmen mereka yang cemerlang dalam sector otomotif.  Platinum Heroes ini diukur melalui kepakaran, pengetahuan dan semangat mereka dalam memberikan perkhidmatan dan produk yang terbaik.

Produk terbaru dalam rangkaian Shell Helix Ultra adalah minyak motor Shell yang paling maju dan yang pertama diperbuat dari gas semulajadi.  Ia hampir tidak ada kekotoran yang terdapat dalam minyak mentah dan memberikan tahap pembersihan dan perlindungan yang lebih tinggi. Oleh itu, tidak ada minyak motor lain yang boleh membersihkan enjin kereta anda sebaik ini.  Ianya bekerja keras untuk melindungi enjin anda dan memberikan prestasi hebat walaupun pada pemanduan yang Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus telah menerima kelulusan dari beberapa pengeluar kereta yang ternama di dunia termasuk Ferrari, Maserati, Mercedes, VW, Ford, Honda, GM, Chrysler, Hyundai dan lain-lain.  Tahun ini, Shell telah memulakan perkongsian kejuruteraan dengan BMW Motorsport.  Saintis Shell dan jurutera BMW akan berkerjasama untuk membangunkan teknologi minyak motor canggih untuk kereta lumba yang akhirnya akan juga memberikan manfaat kepada pemandu biasa.

Shell-Helix-National-Trade-Dinner

Untuk maklumat lanjut tentang produk terkini Shell Helix, sila layari www.shell.com.my/helix.

Previous post

AUDI AG Menerusi Pertumbuhan Pada Bulan April

Next post

Powerwall Dari Tesla Membawa Keretanya Keluar Grid

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *