Konsep / Lakaran / Intipan

James Bond Baru: Spectre Featurette: Aksi Aston Martin DB10 lawan Jaguar C-X75 di Rome

 

Kita mempunyai standard yang cukup tinggi apabila bercakap aksi kereta kejar mengejar.Kita tidak teruja dengan hanya aksi pecutan di jalan bandar, mesti ada aksi yang lain daripada yang lain.

Mesti ada aksi nyaris berlanggar, bergesel, aksi yang membuatkan anda tak senang duduk. Dan filem James Bond selalunya akan memberikan anda kesemua ini samada aksi kereta atau kereta kejar mengejar.

Sudah tentu babak kajar mengejar yang utama didalam filem ini akan memaparkan dua jenama kereta British yang filem siri James Bond yang telah sinonim dengan Aston Martin dan Jaguar.

James-Bond-Aston-Martin-Drift

Kedua-dua syarikat ini menyediakan prototaip mewah untuk kegunaan eksklusif dalam filem. Kali terakhir kita lihat babak kejar mengejar kereta yang melibatkan kedua-dua jenama semasa Pierce Brosnan kembali mengambil peranan sebagai Bond dalam filem Die Another Day.

James-Bond-Aston-Martin-Jaguar-Chase

Aksi kejar mengejar akan dilakukan di Rome, di mana kedua-dua prototaip yang dilihat tergelincir dan gelongsor di batu dan juga jubin. Ia akan menjadi satu pengembaraan yang sebenar, tidak ragu-ragu dengan Dave Bautista (sebagai Mr Hinx) dalam mengejar Daniel Craig (sebagai James Bond).

Adakah babak kejar mengejar ini dapat menggantikan babak kejar mengejar dalam filem Quantum of Solace yang menghiasi banyak iklan anti-cetak rompak? Sukar untuk diperkatakan. Tetapi kita semua tak sabar-sabar nak menontonnya di layar perak.

James-Bond-Jaguar

 

Previous post

Model 2015 Nissan Murano Menang Interior Terbaik

Next post

ABT Memodifikasikan Audi S6 Avant

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *