Berita Auto

Model 2015 Nissan Murano Menang Interior Terbaik

Majalah Amerika WardsAuto World meletakkan Murano baru dalam senarai 10 bahagian dalaman terbaik bagi tahun 2015. Anugerah ini hanya fokus kepada interior kereta dan hanya diberi di Amerika Utara. Kereta yang tersenarai adalah model baru atau model terkini yang telah dikeluarkan pada tahun 2014 di pasaran Amerika Utara. Diantara kereta-kereta ini, majalah WardsAuto World memilih yang mempunyai bahagian interior yang terbaik.

nissan-murano-interior1

Kriteria untuk menilai termasuklah rekabentuk, keselesaan, maklumat mudah untuk difahami pemandu, dan kualiti. Secara kebetulan, majalah yang sama menerbitkan ‘Engine of the Year,’ dianggap sebagai “Oscar” untuk enjin automotif.

nissan-murano-interior4

Murano adalah model kenderaan crossover yang ultra-mewahNissan. Generasi ketiga Murano diumumkan di New York Auto Show pada April 2014. Ia termasuk di dalam segmen kenderaan crossover saiz pertengahan dan telah dibangunkan dengan tujuan untuk mewujudkan satu standard baru. Ia meletakkan penekanan kepada rekabentuk inovatif, dalaman premium, dan teknologi yang canggih.

nissan-murano-interior2

Majalah Wards Auto World menilai bahagian interior Murano baharu dan berkata “Warna Metallic yang menonjol kelihatan cantik bersebelahan dengan warna beige. Murano baharu membawa hasil kepada segmen kenderaan crossover size pertengahan di pasaran semasa.

nissan-murano-interior3

 

Previous post

Land Rover Discover Terima Enjin Diesel Ingenium Baharu

Next post

James Bond Baru: Spectre Featurette: Aksi Aston Martin DB10 lawan Jaguar C-X75 di Rome

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *