Cerita Auto

Land Rover Discover Terima Enjin Diesel Ingenium Baharu

Land Rover telah umumkan enjin inovatif baharu mereka, enjin diesel Ingenium yang akan diperkenalkan kepada Discivery Sport.  Berikutan dengan kejayaan tinggi dari pelancaran model ini pada bulan September 2014, SUV premium kompak kini boleh dimilikki dengan prestasi dan ekonomi yang telah dipertingkatkan.  Enjin diesel Ingenium 2.0 liter empat-silinder telah direka untuk memberikan tork dan kuasa output yang hebar, dikombinasikan pula dengan penghalusan yang cemerlang, pengurangan emisi CO2 dan penggunaan bahan api yang rendah.

LandRoverIngenium-

Enjin Ingeniumboleh didapti dengan dua kuasa output – 150 PS dan 180 PS – menghasilkan bahan api yang ekonomi hingga 4.91/100km dan emisi CO2 dari 129g/km.  enjin dengan kuasa kuda 180 mempunyai kelajuan tertinggi 188km/j dan boleh memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 8.9 saat.  Ketibaan enjin canggih seperti ini, yang akan menggantikan enjin diesel yang ada sekarang dalam pasaran EU6, memastikan Discovery Sport menjadi salah sebuah model SUV premium kompak paling efisyen di dunia.

LandRoverIngenium-1

Enjin TD4 aluminium baharu ini menampilan pembinaan yang ringan, dengan blok silnder yang keras dan decoupled injectors, yang akan memastikan tahap yang rendah pada gegaran dan kemasukkan bunyi dari luar, dan ini seterusnya meningkatkan keselesaan pemandu.  Beberapa siri teknologi maju mengurangkan geseran dalaman, memperbaharui penghalusan dan meningkatkan prestasi keseluruhannya.  Sebagai tambahan, Selective Catalytic Reduction dan sistem edaran semula gas ekzos bertekanan rendah baharu mengurangkan emisi CO2 dan NOx dengan amat ketara sekali.

LandRoverIngenium-0

Discovery Sport yang dikuasakan oleh enjin Ingenium juga akan ditetapkan sebagai kenderaan ‘E-Capability’, dengan lambang ‘Sport’ berwarna biru menyerlahkan varian yang paling efisyen.  E-Capability akan menggunakan model lima-tempat duduk disesuaikan dengan samada enjin Ingenium 150PS atau 180PS, dengan roda 18 inci dan ketahanan oleng tayar yang rendah.  Juga, kalibrasi sistem gear dan enjin  telah dioptimumkan untuk memberikan CO2 serendah boleh untuk kenderaan tersebut.

LandRoverIngenium-3

 

Previous post

Spesifikasi Jaguar XE untuk Amerika Utara

Next post

Model 2015 Nissan Murano Menang Interior Terbaik

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *