Psst!

EV Audi Baharu Mencabar Jarak Perjalanan Tesla

Untuk 10 hingga 15 tahun akan datang kenderaan hibrid plug-in akan menjadi pilihan utama untuk pelanggan yang mencari kenderaan berbentuk elektrik dan pengeluar kereta sedang bekerja keras untuk membawa teknologi baharu mereka di pasaran.  Audi telah menetapkan pelancaran kenderaan SUV elektrik sepenuhnya dengan rangkaian 500 km (310 batu) yang akan mencabar model crossover Tesla X. Audi mahu membawa kenderaan SUV elektrik sepenuhnya di pasaran sebelum Tesla X crossover diperkenalkan.

audi_q7_e-tron_2

Audi juga akan memperkenalkan premium SUV besar dengan jarak yang lebih dari 500km pada awal 2018.  Model ini akan mempunyai rekaan baharu yang sedang dibangunkan oleh syarikat tersebut untuk model EV dan plug-in hibrid, kata beliau.  Ianya akan disokong oleh platform Volkswagen Group generasi-kedua yang akan menawarkan penjimatan berat, yang dapat membantu meningkatkan jarak perjalanannya.

audi_q7_e-tron_1

EV baharu dari Audi juga mampu mendapatkan 80% pengecasan dalam masa 20 minit menggunakan stesyen pengecasan pantas.  China sedang membangunkan rangkaian stesyen pengecasan pantas meliputi lebuhraya 16,000km pada tahun 2020 dengan stesyen pada setiap 50 km.  Negara lain juga mempunyai inisiatif yang agak sama, namun Malaysia nampaknya hanya mengambil langkah berdiam diri dan melihat saja pembangunan stesyen pengecasan elektrik di luar Negara.

audi_q7_e-tron_6

Kuasa bateri SUV baharu dari Audi akan mempunyai jarak yang lebih jauh berbanding Model Tesla, X crossover, yang akan dijual tidak lama lagi.  Model X mempunyai jarak sehingga 430 km.

Tesla akan mula dijual pada bulan ini untuk versi jarak jauh Model S sedan dengan jarak perjalanan 386km diantara pengecasan.

audi_q7_e-tron_8

 

Previous post

Jualan Porsche Permulaan 2015 Terbang Melayang

Next post

Porsche Paten Pelbagai Teknologi Ratio Mampatan

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *