Berita Auto

Jualan Porsche Permulaan 2015 Terbang Melayang

Porche AG berjaya dalam perkembangan penghantaran, pendapatan dan keuntungan pada suku pertama bermula tahun 2015. Dari awal tahun Januari hingga hujung bulan Mac, pengeluar kereta sport menghantar 51,102 buah kenderaan baru, dimana 32peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.  Hasil dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2015 meningkat kepada 29 peratus kepada 5.08billion euros, dan keuntungan melepasi angka tahun sebelumnya sebanyak sepuluh peratus, mencecah 765 million euros. Bilangan kakitangan juga telah bertambah kepada 22.945 orang, peningkatan sebanyak 12 peratus.

Porsche-Variable-Compression-3

Matthias Müller, Pengerusi Lembaga Eksekutif di Porsche AG, menjelaskan, pengilangan kereta sport akan kekal bertenaga untuk kejayaan perniagaan pada tahun 2015. Faktor penyumbang kepada jangkaan tahun 2015 adalah merupakan sambungan kejayaan Porsche Macan, yang mana telah diperkenalkan tahun lalu dan akan terus berada di pasaran sepanjang 12 bulan tahun ini. Tarikan lain adalah versi baru kepada model yang sedia ada. Ia termasuk kenderaan GT- 911GT3 RS dan Cayman GT 4 begitu juga Boxster Spyder serta edisi Panamera. “Kejayaan kenderaan kami adalah berlandaskan strategi derivatif kami pastikan kepuasan pelanggan yang ingin memiliki sebuah kereta yang komprehensif.” jelas CEO Matthias Muller.

porsche-cayenne5

Meschke Lutz, Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif Kewangan dan IT di Porsche AG, menarik perhatian kepada keuntungan syarikat yang sentiasa tinggi. Keputusan suku pertama daripada 765juta Euro mencerminkan struktur kos yang kuat dan keuntungan yang tinggi Porche,” jelas CFO. Memandangkan trend matawang kini, Lutz Meschke juga optimistik bahawa “berhubung dengan tahun fiskal penuh, kami sekurang-kurangnya akan mencapai lebih keuntungan daripada tahun lepas.  Kami akan terus berpegang kepada sasaran pulangan strategik kami sebanyak 15 peratus,”jelas Meschke.

Porsche-3

Faktor-faktor utama bahagian debit adalah perbelanjaan untuk siri model akan datang dan teknologi masa hadapan, selain pelaburan tinggi dalam lanjutan dan pengubahsuaian kemudahan pengeluaran Porche. Kos penyelidikan dan pembangunan adalah hampir dua kali ganda di Porche dalam tempoh tiga tahun yang lalu, terutamanya disebabkan oleh perbelanjaan bagi pamanduan alternatif. “Pada tahun 2015, kos penyelidikan dan pembangunan sekali lagi akan meningkat 9 hingga 10 peratus daripada jualan,” kata Meschke

 

 

Previous post

Isuzu MU-X Akan Datang ke Bilik Pameran di Malaysia

Next post

EV Audi Baharu Mencabar Jarak Perjalanan Tesla

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *