Cerita Auto

Porsche Paten Pelbagai Teknologi Ratio Mampatan

Enjin turbocharged mulai mendapat tempat dalam pasaran kereta konvensional setelah beberapa tahun hanya dilihat sebagai pilihan prestasi sahaja.  Bukan saja German yang mara, malah Toyota dan Honda juga telah merancang untuk menyesuaikan unit turbocharged 2 dan 1.5 liter pada beberapa model mereka yang laris dijual.  Setakat ini ianya adalah cara yang paling kos efektif untuk pengeluar besar membuat enjin petrol yang lebih berkuasa dan efisyen, tetapi sudah tentu ada kelemahannya dan cabaran paling besar adalah ratio mampatan yang terhad.

Porsche-Variable-Compression-1

Banyak syarikat termasuk Saab dan Peugeot telah mencuba tetapi gagal untuk menghasilkan penyelesaian yang berdaya maju pada skala yang besar.  Namun begitu, Porsche akhirnya telah mendapat jalan untuk menghasilkan penyelesaian ratio mampatan pelbagai yang boleh dipercayai dan mudah.  Kumpulan penasihat mereka, Porsche Consulting, bekerjasama dengan pembikin komponen valve timing yang pelbagai, Hilite International untuk menghasilkan paten ini.

Paten ini menunjukkan penyelesaian mereka iaitu dengan menggunakan tekanan hidraulik untuk mengawal sambungan rod piston, menariknya ke bawah apabila ratio mampatan rendah diperlukan.  Ianya tidak sepenuhnya pelbagai. Cuma ada dua ratio yang enjin boleh beroperasi, tetapi ini bermakna ianya tidak terlalu kompleks dan terdedah kepada kegagalan.  Jika ianya digunakan secara meluas dalam industri, kita mungkin akan melihat berakhirnya turbo lag.

Porsche-Variable-Compression-2

Previous post

EV Audi Baharu Mencabar Jarak Perjalanan Tesla

Next post

Audi TT Serba Baharu Dilancarkan di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *