Gaya Hidup

Pertandingan Seni Kereta Impian Toyota

PertandinganSeniKereta Impian Toyota dengan PeringkatKebangsaan Malaysia, menyaksikan seramai 1,358 penyertaan dari 5 November 2014 hingga 13 Februari 2015. Terdapat tiga kategori utama, iaitu di bawah 8 tahun, 8 hingga 11 tahun dan 12 hingga 15 tahun. Pertandingan yang dianjurkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 2004 pada skala global, PertandinganSeniKereta Impian Toyota menyaksikan penyertaan meningkat kepada 75 negara yang mengambil bahagian dengan lebih daripada 662,000 penyertaan. Toyota-Evonne-Tan-Wei-Ni Sembilan karya seni oleh sembilan orang peserta muda tempatan dari Malaysia telah dipilih di peringkat kebangsaan dan karya seni mereka, bertemakan “Kereta Impian Saya” telah dihantar untuk bersaing dalam peringkat Pertandingan Dunia pada Mac, yang akan diadakan di bandar metropolitan Tokyo pada bulan Ogos 2015. Penjurian akan berlangsung antara April dan Ogos 2015. Bagi setiap kategori di PeringkatKebangsaan, Hadiah Utama adalah sebuah iPad Mini, tempat pertama akan menerima iPod Nano dan baucar tunai MPH manakala tempat kedua memenangi sebuah iPod Shuffle bersama dengan baucar MPH. Toyota-Lee-Sin-Yin

Previous post

Persediaan Proton Untuk Perkembangan

Next post

Kemunculan Lebih Banyak Gambar Qoros 2

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *