Psst!

Kemunculan Lebih Banyak Gambar Qoros 2

Beberapa hari yang lalu, pembuat kereta premium China-Israel, Qoros telah mempamerkan gambar-gambar 2 SUV mereka. Hari ini, gambar baru telah dikeluarkan, bersama dengan laporan-laporan yang mengesahkan kereta tersebut akan menjadi kenderaan Plug-in Hybrid Electric, atau sekurang-kurangnya mempunyai pilihan. Khabar angin memperkatakan bahawa terdapat juga pilihan enjin petrol 1.8 liter turbocharged.

qoros2-3

Dari sudut casis, ianya seperti Qoros telah menggunakan platform kereta kecil dari anak syarikatnya, Chery, dan membinanya dari sana untuk mencipta sebuah crossover urban,kecil. Tetapi berbeza dengan banyak saingannya, segmen B SUV Qoros akan mempunyai pemanduan pacuan empat roda.

qoros2-5

Jadi, ia telah mendapat sistem pemanduan empat roda dan sebuah rangkaian enjin hybrid? Bunyinya macam nak bagi pesaingnya di Eropah dan Jepun untuk cukup risau. Dan kalau tak cukup lagi, ianya mendapat styling dari studio di Munich dan Shanghai. Dari apa yang gambar ini cuba perkatakan, ianya adalah satu kombinasi yang cukup baik.

Bersedialah untuk lebih banyak gambar daripada Qoros 2, apabila ia sepenuhnya ditampilkan di pameran Auto Shanghai bulan ini.

qoros2-2

Previous post

Pertandingan Seni Kereta Impian Toyota

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Kid Ink, Tyga, Wale, YG, Rich Homie Quan 'Ride Out'

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *