Pandu Uji

Pandu Uji Toyota Camry Hibrid 2.5 dan Camry 2.0G

Kedua-dua Camry 2.0E dan Hibrid 2.0G didatangkan dengan rangkaian kuasa yang sama, tampil dengan enjin petrol VVTi-W dan transmisi enam-kelajuan. Model Hibrid menjanakan enjin petrol 2.5liter VVTi-W dipasang kepada motor elektrik yang menyediakan kuasa melalui kotak gear E-CVT.

DSC02717

DSC027153-600x376

DSC02702-600x400

DSC02745

Pada sesi pandu uji kali ini, kami diberi peluang untuk memandu Camry 2.0G di jalanraya, manakala pengalaman memandu Hibrid 2.5 adalah sangat terhad kepada perjalanan yang dibuat oleh Toyota di kawasan pusat konvensyen.

DSC02731

Dari segi prestasi, dengan kuasa 167PS, VVTi-W 2.0 baharu (Variable Valve Timing-Intelligent Wide)dalam Camry Baharu berada dalam barisan kedudukan tertinggi yang agak ketara. Super ECT otomatik enam-kelajuan yang turut hadir dengan Sport Mode yang menambahkan kuasa kepada pemanduan dan walaupun sizenya kecil, kereta tersebut lebih teguh. Enjin baharu tidak konvensional. Ia boleh bergerak menggunakan kitaran Otto dan Atkinson : yang membolehkan kereta baharu ini menjimatkan bahan api sebanyak 12% dan 13% lebih kuasa berbanding Camry 2.0. Mereka juga telah menukar sistem suntikan bahan api. Kini ianya mempunyai injektor berkembar yang berasingan untuk suntikan secara langsung dan port.  Sementara itu, semasa di trek ujian, Toyota 2.5 Hibrid telah diuji kebolehan melalu cara yang lebih khusus. Pesaing terdekat Honda Accord 2.4liter digunakan sebagai benchmark. Camry telah tampil dengan anjakan enjin yang lebih besar dan motor elektrik untuk menambah lagi pecutan tetapi memandangkan kedua-dua kereta ini bersaing dalam senarai harga yang sama, jadi perbandingannya dianggap adil.

DSC02774

Camry Hibrid 2.5 mendahului dalam drag race di mana kami mempunyai futejnya:

Semestinya banyak kuasa dalam model Hibrid 2.5 tetapi sesebuah kereta yang selesa dan mewah tidak perlu memecut untuk membuktikan kewibawaannya. Terdapat lebih ujian perbandingan, termasuk yang meletakkan NVH Camry dalam perspektif. Penalaan suspensi pada Camry tidak terlalu terhenjut tetapi ia mampu menampung dan memindahkan apa sahaja yang penguji berikan semasa pandu uji tanpa sebarang kekerasan. Secara jujur, karektor paling hebat bagi Camry baharu ini adalah cara pemanduannya sempurna dari segi bunyi yang senyap dan absorben.

DSC02728

DSC02719

DSC02711

Tambahan lagi, sistem Hibrid ini boleh ditukar kepada mod hampir senyap elektrik-sepenuhnya, walaupun agak terhad, sangat berguna apabila mencari ruang parkir kereta atau semasa berada dalam kesesakan trafik. Terdapat juga sistem monitoring blind-spot yang hebat yang memberi amaran kepada pemandu terhadap potensi kenderaan yang tidak nampak dipenglihatan pemandu dengan menggunakan audio cues, walaupun semasa mengundur keluar.

DSC02789

 

 

 

 

Previous post

Mercedes-Benz C450 AMG Sport Dilancarkan

Next post

Mercedes Pickup Truck. Mahukah Anda Beli Satu?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *