Berita Auto

Mercedes-Benz C450 AMG Sport Dilancarkan

Baru semalam kami memberi berita tentang model asas C-Class sedang dirancang untuk pelancaran.  Hari ini pula, Mercedes-Benz telah mendedahkan harga bagi C450 AMG Sport baharu, yang agak tinggi dalam hierarkinya.  Harga C450 AMG Sport bermula dari 60,000 euro dan dengan  tambahan 1,500, boleh mendapatkan varian wagon.  Versi berorientasikan sport ini datang dengan hanya satu pilihan kotak gear, 7 kelajuan otomatik, yang disesuaikan dengan sistem pacuan 4MATIC 4 roda dari Mercedes.

mercc450-2

Peralatan standard adalah seperti Rim aloi 18 inci dengan cakera keluli pengudaraan 360mm pada bahagian depan dan 320 mm dibelakang.  Harga dan spesifikasi yang diberikan jelas menunjukkan bahawa model ini terletak dalam kedudukan antara kereta standard C-Class dan rangkaian tertinggi mereka iaitu C63 walaupun keduanya berkongsi barangan dari model C63 seperti peredam laras, pull rod depan, pecutan dan pembawa gandar depan.

mercc450-3

C450 AMG Sports mulanya didedahkan di Detroit awal tahun ini, dimana ianya dikatakan akan dikuasakan oleh enjin 3 liter turbocharged V6 yang menghasilkan 367 hp dan tork 517 Nm.  Ia memberikan kereta ini masa antara 4.9 hingga 5 saat pada 0-100 km/sejam bergantung kepada model mana yang digunakan.  Dan seperti yang dijangka ramai, kereta ini akan memberikan pecutan tertinggi elektronik-terhad pada 250 km/sejam.

Pihak Mercedes akan mula mengambil tempahan kereta ini kurang sehari, dengan penghantaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun.

mercc450-5

Previous post

Lexus NX Terima Wajah Baru Dari Wald

Next post

Pandu Uji Toyota Camry Hibrid 2.5 dan Camry 2.0G

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *