Gaya Hidup

Mercedes Pickup Truck. Mahukah Anda Beli Satu?

Kini tiba berita Nissan akan membina pickup rekaan Daimler berdasarkan seni bina Navara dengan Daimler menyediakan teknologinya termasuk rangkaian kuasa empat dan enam silinder.  Namum Mercedes telah pun mengeluarkan trak pickup mewah seperti yang digambarkan di sini, jadi boleh dikatakan ianya bukanlah satu berita baru.

mercedes-pickup-truck5

Manakala CEO Nissan, Carlos Ghosn dalam kenyataan lain menyebut rakan global mereka, Daimler, mempunyai banyak pilihan untuk mencari sumber seperti pick-up Mercedes Benz yang dirancang akan diperkenalkan pada tahun 2020.

mercedes-pickup-truck1

“Saya tidak mahu sesiapa pun memikirkan hanya kerana mereka mengumumkan sebuah trak pick-up, mereka mesti akan membuatnya bersama kami.  Tidak sama sekali,” Kata Ghosn, yang menjelaskannya kepada wartawan di New York Auto Show.  “Mereka mampu melakukannya sendiri, atau dengan syarikat lain dsbnya, dan juga mungkin dengan kami.”

mercedes-pickup-truck4

Ghosn enggan memberitahu samada Nissan dan Daimler sedang dalam perbincangan untuk membina Mercedes pickup di kilang pemasangan Nissan.  CEO Ghosn dan Daimler, Dieter Zetsche mempunyai senarai projek kerjasama yang makin meningkat antara kedua syarikat ini, dengan pelbagai pembangunan kederaan, mencari sumber kereta kecil, usaha sama dalam kilang di Tennessee dan Mexico, dan banyak lagi projek yang mereka belum didedahkan.  Ghosn berkata bahawa semua projek masa depan masih dalam perbincangan antara Daimler dan Renault-Nissan Alliance untuk pertimbangkan  pelaksanaan kerjasama.

mercedes-pickup-truck3

 

 

 

 

 

 

Previous post

Pandu Uji Toyota Camry Hibrid 2.5 dan Camry 2.0G

Next post

Nissan Lancarkan X-Trail Hibrid di Jepun

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *