Psst!

Menteri Jerman Uji Audi A7 Otomatik

Alexander Dobrindt, Menteri Pengangkutan dan Pembangunan Infrastruktur Jerman peringkat Persekutuan berpuashati terhadap keupayaan konsep teknikal pemanduan piloted Audi A7 hari Jumaat lalu.  Belaiu telah menerima jemputan dari Audi untuk mengalami sendiri teknologi pemanduan piloted ini.

AudiA7-1

Fungsi pemanduan piloted dalam kesesakkan trafik yang sedang dalam produksi oleh Audi ini berdasarkan pada sistem bantuan yang sedia ada.  Pada kelajuan antara 0 dan 65 km/jam, sistem ini boleh mengambil alih pecutan, brek dan kawalan stereng dari pemandu, jika mahu, memberikan kurang stress ketika berhadapan dengan kesesakkan trafik di lebuhraya.  Apabila kesesakkan trafik berkurangan atau perjalanan berakhir, komputer akan memberitahu pemandu untuk mengambil alih semula pemanduan.

AudiA7-4-600x400

Kehebatan pemanduan piloted ini adalah unit kawalan bantuan pemanduan pusat (zFAS).  Ia menggunakan proses prestasi tinggi yang canggih untuk menilai isyarat dari semua sensor pada masa sebenar dan mengira taktikal.  Sistem radar akan mengimbas kawasan pada depan kereta manakala kamera video akan mengesan tanda lorong, guardrail, pejalan kaki dan kenderaan lain.

AudiA7-3

Tambahan lagi, sensor duabelas ultrasonic dan empat kamera mengawasi seluruh kawasan keliling kereta itu.  zFAS kemudiannya menggunakan data dari sensor ini untuk mengira model sekeliling yang menggambarkan situasi trafik semasa dengan lebih terperinci.  Ini membolehkan pengesanan awal oleh sistem kenderaan lain yang bergerak ke lorong hadapan kenderaan itu, contohnya.

AudiA7-6

Ini bermakna Audi telah pun mempunyai siri teknologi sistem pemanduan piloted.  Fungsi baru ini membolehkan mereka mengembangkan lagi peranan kereta untuk lebih emosi, mudah dan ruang kehidupan yang lebih moden.  Audi mengambil berat sepenuhnya terhadap isu ini kerana bukan saja ianya meningkatkan keselamatan, ianya juga menambah kemudahan kepada pelanggan.

AudiA7-5

Previous post

Ford Paten Transmisi Automatik 11-Kelajuan

Next post

Honda City S+: Satu Bahagian Sporti, Tiga Bahagian Praktikal

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *