Cerita Auto

Honda City S+: Satu Bahagian Sporti, Tiga Bahagian Praktikal

Dengan bumper Modulo untuk depan dan belakang, skirt sisi dan spoiler, Honda City ini memberikan aura model Honda pertengahan 90an; agresif, sporti dan mudah diakses untuk semua.  Enjin 1.5 liter-nya cukup sporti untuk memberikan apa yang dijanjikan, tetapi hanya apabila anda gunakan ECON mode off dan peralihan kepada transmisi sport.  Kalau tidak, ia akan memberikan prestasi yang berguna dengan rating penggunaan bahan api sekitar 17 km untuk petrol per liter.

DSC03025

Bercakap tentang kotak gear, ianya adalah CVT, tetapi jangan risau, Honda telah menyesuaikanya dengan pertukaran tork dan mengubah suai mengikut citarasa autobox yang biasa.  Tiada peralihan manual, tetapi mengikut kajian sebenar menunjukkan kurang 10% dari pemilik kereta dibandar yang menggunakannya.

DSC02805-600x400

Pakej Modulo juga menambah warna glow biru sisi pintu dan footwell. Pakej utama adalah skrin sesentuh navigasi dan sistem media player.  Ianya tidak sama seperti sistem intergrasi yang ada pada V spec City, tetapi apa yang kurang dari segi kehalusan ada pada ciri-cirinya.  Perisian in-built navigasi akan dimasukkan peta bagi region dan pemilik boleh mendapatkan update seterusnya.  Sistem ini juga boleh mengunakan Bluetooth, supaya mudah dan selamat untuk membuat panggilan atau menjawab telefon.  Ianya juga boleh digunakan untuk media playback jika tiada alat USB dengan kemudahan muzik.

DSC03062

Dashboard dibuat untuk kemudahan pemandu dengan rekaan asymmetrical. Dari segi spesifikasi S+, terdapat plastic solid dibeberapa tempat sebagai ganti panel glossy yang ada pada tahap trim yang lebih mahal, tetapi ia sudah cukup.  Terdapat banyak tempat letak cawan dan ruang kecil yang lain.  Bagi sebuah kereta ulang alik dalam bandar, penglihatan sedikit teruk.  Ada sensor undur pada bahagian belakang, tetapi dashboard depan terlalu tinggi walaupun pendek, sukar untuk menganggarkannya dari kabin.  Melihatkan dari segi faedah keselamatan dan suasana senyap dalam kabin bagi sebuah kereta yang mempunya spesifikasi sebegini, mempunyai dashboard besar boleh diterima.

DSC03054

City S+ dengan Modulo kit meningkatkan tahap spesifikasi kereta ini bersaing dengan kereta lain.  Terdapat aksesori premium lain yang boleh didapati pada model V yang lebih mahal, tetapi untuk harga RM70,221 (sebelum GST), model S+ ini adalah antara tawaran terbaik yang ada.  Lampu depan tinted dan spoiler yang ditinggikan memberikan penampilan yang lebih sporti manakala sistem infotainmen melengkapkan ciri-cirinya.  Jadi kami rekomen pada mereka aksesori yang ditawarkan oleh Honda.  Trunk tray dan organiser, visor pintu, illuminated side step dan footwell boleh ditambah dengan harga RM1,668.50 manakala pakej Modulo lain berharga RM3,164.80.

DSC02826

Spesifikasi HONDA CITY 1.5L

Enjin 4-Cylinder, 16 Valve, SOHC i-VTEC
Displacement 1497cc
Transmisi 
Continuous Variable Transmission (CVT)
Max Kuasa 
120Ps @ 6600 RPM
Max Tork 
145Nm @ 4600 RPM
Kapasiti Tanki
40L

DSC03052

Previous post

Menteri Jerman Uji Audi A7 Otomatik

Next post

Versi Kereta Lumba Arrinera Hussarya Diperkenalkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *