Cerita Auto

Versi Kereta Lumba Arrinera Hussarya Diperkenalkan

Versi terbaru supercar pertama Poland, Arrinera Hussarya telah dipamerkan di Poznan Motor Show 2015. Ramai yang tidak tahu mengenai versi ini, ianya kelihatan seperti varian track-focused daripada versi asal.

Arrinera-hussarya-2

Ini terbukti dengan kombinasi warna kelabu dan merah yang menghidupkan kereta itu. Terdapat juga beberapa penambahan lain untuk kereta tersebut, termasuklah sayap belakang yang berbeza, splitter bumper hadapan ditengah – paip ekzos dipasang dan set roda baru yang menarik.

Arrinera-hussarya-3

Kepada mereka yang tidak berapa kenal dengan Hussarya dan rangkaian kuasanya, inilah butirannya. Model asal, sah dijalanraya, versi pemanduan roda belakang ini menjanakan enjin V8 6.2 liter dari GM yang menghasilkan 641 hp dan tork 818 Nm. Kalau angka ini tidak cukup hebat, terdapat juga Hussarya 33 yang menggunakan enjin petrol aspirasi semulajadi yang paling berkeuasa di dunia. Enjin 8.2 liter menghasilkan lebih dari 800hp dan tork 900Nm

Arrinera-hussarya-1

Previous post

Honda City S+: Satu Bahagian Sporti, Tiga Bahagian Praktikal

Next post

Aston Martin Tukar Nama GT3 Kepada GT12

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *