Gaya Hidup

KIDEX Dibatalkan, Ianya Adalah Muktamad!

Berita terkini. Kerajaan negeri Selangor tidak akan menimbang dan akan menolak pembinaan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) kerana gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri memberi kata putus bahawa pembinaan Kidex dibatalkan semasa ucapan di sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor (DNS) semalam.

Kidex2

“Saya ingin memaklumkan bahawa Kidex gagal untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, oleh itu kerajaan negeri telah mengambil keputusan muktamad untuk tidak memberikan kelulusan dan kami tidak akan berganjak dengan keputusan yang berkenaan.”Keputusan itu disampaikan kepada Menteri Kerja Raya dan delegasi dari kementerian ketika mereka berkunjung ke negeri Selangor pada 19 Mac yang lalu.

Sebelum ini, DNS menolak usul yang dikemukakan oleh Sulaiman Razak (BN-Permatang) yang mahukan pembinaan Kidex ini dipertimbangkan semula. Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri juga telah menyatakan kepada kerajaan pusat untuk menghormati Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 Seksyen 20 A di mana semua projek yang dibangunkan mestilah dibincang dengan kerajaan negeri terlebih dahulu.

“Pada tahun 2008, nisbah yang menunjukkan 12 (pengangkutan awam): 88 (swasta), 2012 (27:73), 2014 (25:75). Ini menunjukkan keperluan yang dasyat bagi sistem pengangkutan.” “Pembinaan lebuhraya bukanlah satu-satunya penyelesaian kerana kita mahu gerakkan orang, bukan mesin. Membina lebih banyak lebuhraya tidak semestinya dapat menyelesaikan masalah lalulintas. “Oleh itu, nisbah 40:60 oleh kerajaan pusat patut ditukar kepada 60:40 supaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) boleh diberi lebih banyak ruang dalam sistem pengangkutan awam,” katanya.

kidex1

 

Previous post

Teaser Volkswagen GTI Supersport

Next post

BMW MINI Terlibat Dalam Augmented Reality dan MINI Augmented Vision

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *