Gaya Hidup

BMW MINI Terlibat Dalam Augmented Reality dan MINI Augmented Vision

MINI akan mendedahkan sebuah kereta berbentuk baru akan datang di pameran Auto Shanghai dengan inovasi perintis. Melalui perkongsian dengan syarikat Qualcomm, MINI telah memperkembangkansistem interlinked yang berjalan selari dengan reality eyewear yang diperkuatkan. Dan dalam tradisi gaya MINI ia direka untuk kelihatan anggun dan bergaya, dan pemilik dapat rasakan keselesaan seperti berada di rumah bila berada dalam MINI.

MINI-Augmented-5

Menggunakan teknologi see-through AR eyewear menunjukkan informasi relevan untuk penglihatan langsung pemandu tetapi tanpa tidak menyembunyikan pemandu lain, maka ianya menambahkan aspek keselamatan dan keselesaan semasa memandu.

MINI-Augmented-6

Berikut adalah fungsi yang ada pada MINI Augmented Vision:

  • Kemasukkan perjalanan untuk navigasi dan pemindahan kepada kenderaan : Pilih destinasi semasa diluar kenderaan kemudian pindahkan data tersebut ke dalam kenderaan.
  • Batuan pertama/Batuan terakhir : Paparan navigasi dari lokasi semasa kepada kenderaan atau dari dalam kenderaan ke destinasi akhir.
  • Fungsi Paparan Head-Up : Paparan kelajuan, had kelajuan, dsbgnya dalam eyewear supaya informasi ini berada dalam penglihatan utama pemandu dengan data yang sentiasa menunjukkan kawasan yang sama di atas stereng untuk memastikan tiada pengguna jalanraya lain tersembunyi dari pandangan.

MINI-Augmented-1

  • Navigasi Contact-analogue dan kehendak tempat yang dipilih : Anak panah navigasi dari Contact-analogue akan mempertingkatkan penglihatan pada jalanraya, dan juga paparan kehendak tempat yang dipilih sepanjang jalan seperti ruang parkir terbuka. Perhatian pemandu akan sentiasa fokus kepada trafik.
  • Mesej : Ikon kecil akan ditunjukkan dalam eyewear apabila mesej diterima. SMS/Mesej boleh dibacakan oleh kereta semasa memandu untuk keselamatan.
  • X-Ray View / Bahagian kenderaan telus : Pandangan virtual melalui sebahagian kereta (seperti A-Pillars dan pintu) berfungsi untuk menjadikan kawasan luar atau objek yang tidak kelihatan dari kereta.
  • Parkir Augmented – Fasiliti parkir dengan memprojekkan imej dari kamera yang dipasang pada cermin (farside) ke dalam eyewear. Dengan cari ini, jarak dari bendul jalan dapat dilihat dengan jelas dan mudah ditentukan.

MINI-Augmented-4

Sesuatu yang tentunya menarik untuk melihat hasilnya. Mungkin agak mahal kerana ianya produk MINI dan kurang hubungkait universal akan menjadikan sukar untuk diikuti dan digunakan melangkau skop kenderaan MINI tetapi jika ianya berfungsi sebagai konsep yang terbukti bagus, kita mungkin akan dapat melihat syarikat lain menggunakannya.

MINI-Augmented-3

Previous post

KIDEX Dibatalkan, Ianya Adalah Muktamad!

Next post

Lewis, Nico, Sebastian Podium di China

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *