Berita Auto

Teaser Volkswagen GTI Supersport

Gambar-gambar dan video Volkwagen GTI Supersport, Vision Gran Turismo telah siarkan teaser panel gentian karbon kereta baru, flared wheel arches dan sayap belakang. GTI Supersport akan datang ke francais permainan video popular iaitu Gran Turismo yang kini sudah dalam generasi ke-6

GTI-2

Kereta ini menggantikan GTI Roadster Vision Gran Turismo 2014, tetapi tahun ini kami mendapat 3-pintu hatchback dengan badan kereta yang sangat luas. Gentian karbon dipaparkan dengan meluas untuk keseluruhannya, juga digunakan pada peresap belakang kereta.

GTI-3

Lampu LED dan lampu siang hari didatangkan dalam bentuk segi empat tepat meliputi bentuk bahagian depan kereta, memberikan wajah baru yang agresif, tetapi ianya menampakkan persamaan dengan Volkswagen yang lain.

Kereta ini akan dipamerkan Wörthersee Show di Austria, lebih awal daripada debut digital pada permainan video Playstation 4. Mengharapkan motor yang berkuasa atau mungkin lebih kuasa daripada enjin 504hp yang dipaparkan di GTI Roadster pada tahun lepas.

GTI-4

Previous post

Promosi Jualan Khas untuk Ford

Next post

KIDEX Dibatalkan, Ianya Adalah Muktamad!

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *