Gaya Hidup

BMW Bangunkan Model I Connectivity Dengan Apple Watch

BMW sedang dalam persaingan untuk menjadi peneraju jenama otomotif dalam sistem perhubungan kenderaan bergerak melalui teknologi BMW ConnectedDrive mereka. Dengan pengesahan aplikasi BMW I Remote, penyambungan antara pemandu, kereta dan di dunia luar mencapai tahap yang tidak ada di mana mana. Aplikasi ini sudah boleh digunakan untuk memeriksa secara kawalan jauh dan mengawal fungsi BMW I model.  Ianya adalah satu aplikasi di mana pelanggan juga boleh menggunakannya dengan  Apple Watch baharu, yang akan dikeluarkan.  Apple Watch menggunakan aplikasi BMW I Remote – yang boleh dimuat turun secara percuma dari Apple iTunes Store – untuk memastikan pengguna sentiasa mendapat maklumat terkini, seperti status terkini bateri kereta dan memberi amaran apabila unit voltan tinggi telah dicas sepenuhnya. BMW-Apple-Watch-i3-i8-3 Tambahan lagi, Apple Watch boleh meneruskan arahan navigasi dari BMW i3 kepada destinasi akhir pengguna selepas kereta itu diparkir dan juga memberi panduan kepada mereka untuk kembali ke kereta jika diperlukan.  Dan ianya juga membolehkan suhu dalam kereta disejukkan terlebih dahulu.  Jam pintar baharu ini menampilkan skrin melihat yang inovatif untuk aplikasi yang mengumpulkan semua informasi yang disediakan oleh aplikasi supaya ianya boleh dilihat hanya sekilas pandang. Selain dari pengecasan bateri kereta, rangkaian lain yang ada dan maklumat terkini yang disediakan, skrin juga menunjukkan pengguna aplikasi BMW i Remote samada pintu kereta telah dikunci.  Dengan memasukkan kad SIM, BMW i3 dan BMW i8 mendapat sistem perhubungan yang optimum, manakala aplikasi BMW I Remote mencipta perhubungan yang rapat antara kereta, pemandu dan dunia luar.  Aplikasi BMW I Remote untuk Apple Watch juga memasukkan penyelesaian untuk alat peranti mudah alih menggunakan sistem operasi Android, dan ini menunjukkan betapa pantasnya BMW memberi tindak balas kepada kepesatan inovasi ‘connected car’ dengan solusi pintar seperti khidmat dan aplikasi dari BMW ConnectedDrive. BMW-Apple-Watch-i3-i8-5

Previous post

Toyota Masih Didepan Dalam Penjualan Global VW

Next post

Dapatkan Volkswagen Beetle Bug Edition

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *