Gaya Hidup

Dapatkan Volkswagen Beetle Bug Edition

Selaku tempat di mana berasalnya  Volkswagen Beetle, jenama pengeluar kenderaan dari Jerman itu menawarkan Beetle Bug Edition dalam unit terhad kepada para pelanggan di Malaysia.

Beetle Bug Edition dipasang dengan kemasan sisi Volkswagen Bug, pelekat Bug, jalur pada badan dan logo Bug.  Jalur ‘perlumbaan’ itu nyata menambah rasa cool dan funky yang pastinya akan menarik minat ramai.

VW Beetle Bug Edition

Berharga RM146, 888 Volkswagen Malaysia hanya menawarkan 200 unit Beetle Bug Edition sementara stok masih ada. Didatangkan dalam lima warna iaitu coklat (Graciosa Brown), hitam (Deep Black), putih (Pure White), kuning (Saturn Yellow) dan merah (Tornado Red), para pelanggan boleh menempahnya di semua pengedar Volkswagen di seluruh negara mulai Mei 2015.

Ketika mengumumkan pelancaran ini, Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, “Beetle Bug Edition ini adalah satu cara untuk kami berhubung dengan para peminat Beetle di Malaysia dan menawarkan mereka alternatif yang lebih menyeronokkan berbanding model asal Beetle.”

Sila kunjungi bilik pameran pengedar sah Volkswagen berhampiran anda untuk pandu uji dan melihat varian ini dengan lebih dekat.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: volkswagen.com.my

Saya minat filem ni dulu:


 

 

Previous post

BMW Bangunkan Model I Connectivity Dengan Apple Watch

Next post

Iveco Kini Secara Rasmi di Malaysia bersama Federal Auto

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *