Cerita Auto

Toyota Masih Didepan Dalam Penjualan Global VW

Toyota Motors kekal nombor 1 di dunia sebagai pembikin auto paling laris selepas mengalahkan Volkswagen Group dan General Motors sepanjang suku pertama tahun ini walaupun penghantaran menurun.  Jualan Toyota jatuh 2.5% kepada 2.52 juta kenderaan dalam bulan Januari- Mac, menurut kenyataan yang dibuat oleh pihak syarikat baru baru ini.

Hanya perbezaan jualan sebanyak 90,000 yang meletakkan Volkswagen dibelakang Toyota yang kekal di kedudukan pertama dalam jualan global 2014, untuk tiga tahun berturut- turut.

Permintaan SUV termasuk RAV4 dan Lexus NX baharu telah membantu meningkatkan perkongsian pasaran yang didapati di U.S. sepanjang suku tahun ini, manakala Volkswagen masih hadapi kesukaran untuk meningkatkan jualannya di pasaran.

Jualan Toyota di U.S. naik hingga 10% apabila penghantaran RAV4, model SUV paling top, meningkat 26%.  Penjualan Lexus NX juga melebihi model saingannya seperti jenama VW Audi Group dan Mercedes-Benz.  Penjualan VW kini dijangka akan perlahan berbanding dengan yang lain tahun ini di pasaran China kerana ketinggalan dalam peningkatan jualan model SUV bajet.

toyota-RAV4

Previous post

Toyota TeenDrive365: Sebuah Siri Dokumentari Untuk Remaja Mendapatkan Lesen Memandu.

Next post

BMW Bangunkan Model I Connectivity Dengan Apple Watch

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *