Gaya Hidup

Produksi Akhir Defender Dapat Cetusan Paul Smith

Pereka British, Sir Paul Smith telah bergabung dengan Land Rover untuk mencipta bespoke Defender.  Sir Paul Smith, peminat setia Land Rover Defender mempunyai beberapa buah kenderaan yang dikumpul sejak beberapa tahun.  Paul Smith bekerja rapat dengan tim pereka dari unit Pengurusan Khas Kenderaan Land Rover (SVO) – untuk memenuhi permintaan pelanggan secara individu untuk mencipta kenderaan unik yang dibina sepenuhnya mengikut spesikasi tersendiri yang dikomisen oleh pelanggan.  Dengan panduan dari Pengarah Pereka dan Ketua Pegawai Kreatif Land Rover, Gerry McGovern, beliau dapat merealisasikan versi tersendirinya yang unik dari ikon automotif global ini.

PaulSmithDefender-5

Terdapat 27 warna digunakan pada panel luaran, dan semuanya dipilih oleh Sir Paul Smith.  Beliau mengambil inspirasi dari permandangan perkampungan British dan juga warna yang digunakan oleh ketenteraan mereka.  Bagi mencapai kehendaknya, Paul memberikan tim SVO set rujukan warna Pantone, yang kemudiannya dicampur khas untuk kenderaan ini.

PaulSmithDefender-2

Paul bekerjasama dengan Land Rover untuk pastikan rekaan ruang dalam mengikut visinya.

PaulSmithDefender-7

Walaupun mendapat berbagai sentuhan rekaan dari Paul, tetapi Defender masih kekalkan elemen tradisinya, seperti cermin sayap, pemegang pintu dan roda – sesuatu yang paling penting pada pereka.  Untuk memberikan citarasa kontemporari, ianya disudahkan dengan satin.

PaulSmithDefender-8

Model Defender eksklusif ini menggabungkan dua ikon dari industri automotif dan Perekaan British menyambut model Defender yang terkenal ini memasukki fasa terakhir produksi di kilang Solihull.

Bersama Defender khas Paul Smith, Land Rover telah umumkan tiga edisi terhad Defender untuk tahun 2015: model Autobiography, Heritage dan Adventure. Setiap kenderaan khas ini sebagai memperingati elemen unik karektor serba boleh Defender dan mencerminkan kekuatan dan keluasan keupayaannya.

PaulSmithDefender-4

Previous post

Honda Sumbang Setengah Juta Ringgit

Next post

Hyundai Sonata 2.0 MPi Dual CVVT Executive Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *