Cuba Try

Hyundai Sonata 2.0 MPi Dual CVVT Executive Baharu

Satu perkataan … surprised.

Tak sangka saya boleh terhibur dan seronok dengan kereta ini.  Sebelum ini saya hanya sukakan rekaannya yang agak cantik untuk sebuah kereta Korea. Dan terus terang saya bagi tau dan saya percaya ramai setuju, sebelum ini rekaan Sonata adalah satu rekaan yang boring. Wayang barat pun tak bagi peluang. Mereka pun turut mempersendakan kereta Hyundai seperti video yang tertera tetapi Sonatalah yang mengubah penglihatan kita terhadap Hyundai. Selepas Sonata, model Hyundai yang lain juga mengikut hala tuju rekaan Sonata seperti Tuscan, Santa Fe dan Elantra. Lawa lawa belaka. Paling cun, Veloster. Gempak habis. Tapi itu semua kita cerita lain hari. Hari ini cerita Sonata.

IMG_0145

Yang saya dapat uji pandu ialah model terbaru mereka. Pejam celik, kita dah sampai ke generasi yang ketujuh dan, tiga fasa evolusi.  Bukan dua atau tiga, dah tujuh generasi you.  Siaran media mereka banyak menyebut pasal berbagai falsafah yang digunapakai.

IMG_0137

Luaran

Penampilan yang bergaya. Mempunyai garisan-garisan yang begitu licik. Mereka namakan falsafah rekaan ini “Fluidic Sculpture 2.0”. Sekali pandang kelihatan seperti sebuah kereta coupe yang laju. Setanding dengan kereta kereta mewah masa kini. Pemegang pintunya ada lampu. Muncung paip ekzosnya bukan bulat tapi mengikut garisan bumpernya. Boot belakangnya boleh dibuka secara automatik. Hanya perlu dekati boot dan ianya akan terbuka sendiri. Lampu selekoh aktif. Cermin tepi luar yang lipat tutup secara automatik. Tayar aloi 18 inci.

IMG_9890

IMG_0239Dalaman

Ciri-ciri yang dianggap mesti ada masa kini, kunci pintar, butang “start stop” dan “rear view camera”.  Ciri-ciri yang luar biasa, ventilasi penghawa dingin untuk kerusi belakang, Kerusi belakang yang boleh dilipat habis membuka ruang yang besar untuk boot belakang. Ruang kaki yang paling luas dalam kelasnya. Perakam video keselamatan untuk merakam perjalanan anda. Bumbung panorama.

IMG_0194IMG_0193

IMG_0232IMG_0165

 

IMG_0242

 

Prestasi 

Inilah yang paling menakjubkan bagi saya. Untuk kereta bersaiz sebegini saya menjangka yang kereta ini adalah ‘under powered’ kerana enjinnya hanya 2000 cc.  Tidak sama sekali. Enjinnya adalah enjin Nu 2.0 MPi Gasoline.  Powernya 154 ps. Torknya 194 nm. Ianya lebih pada cukup. Pemanduan lebuhraya senyap, licin dan laju. Pemanduan dijalan-jalan persekutuan amat menyakinkan. Senang sekali memotong kenderaan-kenderaan perlahan. Tiada masalah. Tidak hairanlah kenapa Sonata ini telah diuji di litar Nürburgring. Juga terdapat “hillstart assists” untuk membantu anda berhenti dan meneruskan perjalanan tanpa menggelonsor ke belakang dicerun bukit.

Warna

6 pilihan warna: Ice White, Platinum Silver, Polished Metal, Remington Red, Phantom Black dan yang dipandu uji disini, Dark Horse.

IMG_9867

Harga

Atas jalan dengan insuran: RM 158,068.60

IMG_0148

 

Ketahui lebih lanjut mengenai Hyundai Sonata yang terkini di

www.hyundai.com.my

www.facebook.com/pages/Hyundai-Malaysia

 

 

 

 

 

 

 

Previous post

Produksi Akhir Defender Dapat Cetusan Paul Smith

Next post

Hari Pertama Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix 2015 ™ Melihat Keluarga Teruja Menikmati F1 ™ Tidak Pernah Seperti Sebelumnya

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *