Gaya Hidup

Honda Sumbang Setengah Juta Ringgit

Honda Malaysia telah mengumumkan bahawa pihaknya kini terlibat dalam usaha pembangunan semula pasca banjir untuk membantu         mangsa-mangsa banjir di rantau Pantai Timur yang terjejas teruk akibat bencana alam. Honda menyumbang sebanyak RM500,000 dalam usaha membina perpustakaan dan membeli buku-buku latihan untuk diberikan kepada 48 buah sekolah menengah dan rendah.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Encik Roslan Abdullah bersama kakitangan Honda Malaysia telah melawat Sekolah Kebangsaan Betong, Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan dan Sekolah Menengah Agama Mahmudiah di Terengganu semalam. “Kami faham bahawa usaha pembangunan semula pasca banjir merupakan satu operasi besar yang akan memakan masa beberapa bulan untuk disempurnakan. Jadi, sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban dan memberi kemudahan kepada para pelajar yang terjejas akibat banjir,” Encik Roslan berkata.

Screen Shot 2015-03-27 at 2.09.49 AM

“Di setiap negara dan komuniti di mana Honda beroperasi, kami sentiasa berusaha bukan sahaja untuk menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti, malah berkongsi kegembiraan dengan semua. Kami berhasrat menjadi sebuah syarikat yang setiap masyarakat mahu ia wujud dalam komuniti mereka dengan melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti sosial dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat setempat.

Salah satu matlamat kami adalah membantu dalam bidang pendidikan golongan belia. Kami berharap, pembinaan perpustakaan dan sumbangan buku-buku latihan baharu ini akan menjadi sumber galakan kepada para pelajar untuk terus tekun belajar, biarpun mereka terpaksa berdepan dengan kesukaran ini,” tambah Encik Roslan.

Honda telah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengenal pasti 48 buah sekolah yang terjejas teruk.  Apabila projek ini selesai, lebih 7,000 orang pelajar akan menerima manfaat daripada pembinaan perpustakaan ini dan lebih dari 2,000 set buku latihan akan disumbangkan kepada para pelajar yang bakal menduduki              peperiksaan-peperiksaan penting seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketika banjir mula melanda negara pada Disember tahun lalu, Honda Malaysia tampil memberi bantuan dengan Program Bantuan Banjir dengan memberi diskaun sebanyak 50% ke atas pembelian alat ganti tulen yang rosak akibat banjir. Inisiatif ini berterusan sehingga 31 Mac 2015.

Screen Shot 2015-03-27 at 2.10.36 AM

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian Tol Percuma Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my

Previous post

Petron Utamakan Pelanggan Dengan Kempen 'Fuel Happy'

Next post

Produksi Akhir Defender Dapat Cetusan Paul Smith

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *