Gaya Hidup

Kereta BMW, Mini & Rolls Royce Digodam

Dengan memanfaatkan kelemahan keselamatan dalam sistem perkhidmatan-digital, penggodam secara wayarles boleh membuka kenderaan BMW, Mini dan Rolls-Royce dalam hanya beberapa minit, menurut satu laporan oleh Kelab Auto Jerman ADAC. Sebab itulah ramai yang kurang gemar dengan kereta yang menggunakan perhubungan yang luas melalui internet.

Lebih kurang 2.2 juta kenderaan dipasang dengan perkhidmatan BMW Group ConnectedDrive terdedah kepada penggodaman, kata ADAC.  Pembikin kereta berkata mereka telah menaiktaraf sistem tersebut untuk menutup jurang keselamatan dan kemas kini perisian akan dilakukan secara automatik apabila kenderaan berhubung dengan server BMW.

rolls-royce_ghost_series_ii_9

“BMW Group telah bertindak balas dengan segera dan meningkatkan keselamatan mereka”, jelas kenyataan yang dibuat oleh pihak syarikat.  Walaupun BMW berkata kelemahan itu tidak akan memungkinkan kereta itu dicuri, jurang keselamatan menonjolkan risiko yang berkaitan dengan peningkatan dalam perkhidmatan digital dalam kereta.Ciri wayarles yang dibolehkan seperti akses jarak jauh atau pra-pemanasan untuk dalam kabin pada musim sejuk memerlukan lapisan baru sistem keselamatan untuk melindungi pelanggan dan kenderaan.

Kereta yang berisiko termasuk model dengan ConnectedDrive seperti Rolls-Royce Phantom, Mini hatchback dan kebanyakan model BMW, termasuk kereta-elektrik i3.  Kenderaan tersecut dikeluarkan antara bulan Mac 2010 dan Disember 2014, kata ADAC.  BMW berkata bahawa ia tidak mengetahui apa-apa kes di mana kelemahan tersebut telah dieksploitasi.

Jika penggodam boleh menngodam komputer pejabat dengan pelbagai firewall dan sistem keselamatan, apatah lagi mudahnya untuk masuk ke dalam kereta dan memandu secara jarak jauh sekiranya kereta itu mempunyai ciri pemanduan autonomi.

bmw_i8_8

Previous post

ABT Volkswagen T5 Sporting Van

Next post

Porsche Akhirnya Mendedahkan Cayman GT4

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *