Gaya Hidup

Porsche Akhirnya Mendedahkan Cayman GT4

Khabar khabar angin beberapa tahun ini ada memperkatakan tentang Cayman berteknologi tinggi yang direka dengan fokus dan matlamat yang sama seperti Porsche 911 GT3s dan GT2s.  Penantiannya sudah berakhir, kini telah tiba Cayman GT4 baharu.

Sudah lama diperkatakan tentang teori bahawa Cayman akan dengan mudah lebih baik daripada model sebelumnya 911 jika diberi kuasa secukupnya dan komponen casis yang betul.  Setakat tertentu teori ini telah dibuktikan: menurut Porsche, Cayman GT4 baharu menetapkan masa pusingan Nurburgring hanya dalam masa 7 minit dan 40 saat, iaitu sama tahap dengan 997 GT3.  Cukup hebat masa yang dihasilkan oleh miniature kereta sport enjin-sederhana.

Cayman-GT4-1

Terdapat ukuran tertentu yang diharapkan untuk Cayman GT4 untuk menjadi daya aruhan, tetapi malangnya ia tidak begitu.  Sebaliknya Cayman GT4 menerima aspirasi semulajadi dari enjin flat 6 3.8 liter yang melepasi tune 385 hp, iaitu lebih kurang 85 hp lebih dari standard Cayman S.  Ianya juga menghasilkan 420 Nm, mendorong kereta tersebut mencapai 100km/sejam dalam hanya 4.2 saat.  Porsche hanya menawarkan Cayman GT4 dengan pilihan satu transmisi: manual 6-kelajuan.  Ianya sesuatu yang baru, melihatkan Porsche hanya menawarkan 911 GT3 dengan kotak gear dual clutch PDK mereka – pantas tanpa diragui tetapi kurang dari segi penglibatannya.

Cayman-GT4-3

Suspensi dan komponen casis untuk Cayman GT4 banyak dipinjam dari 911 GT3, dengan kajian semula ketinggian yang lebih rendah iaitu 30mm.  Ini memberikan Cayman GT4 lebih keteguhan yang agresif dan pembaharuan dari segi aerodinamik juga.  Brek juga dinaik taraf untuk kuasa tambahan tetapi perkara perkara kecil yang perlu dilihat – wishbones dipisahkan untuk membenarkan pelarasan kamber, ciri-ciri yang diperlukan untuk kenderaan di atas trek.

Cayman-GT4-5

Dari segi penampilan, Cayman GT4 bukan terlalu agresif berbanding Cayman biasa.  Terdapat beberapa perubahan seperti aliran udara yang lebih besar, tetapi yang paling kelihatan adalah sayap yang dipasang pada bahagian belakang.  Ia mengubah Cayman daripada kereta sport klasik enjin-sederhana kepada sesuatu yang lebih kukuh dan fokus pada pemanduan trek.  Tambah-pilih untuk Cayman GT4 termasuk brek seramik karbon dan kerusi bucket karbon fiber – tambahan kecil yang memberikan kecanggihan.

Cayman-GT4-2

Walaupun Cayman GT4 memang nampak hebat tetapi yang menjadi tanda tanya mengapa kuasa output khusus diturunkan penalaannya.  Enjin ini khususnya menghasilkan 400 hp dalam samaran 911 C2S, dan Porsche sepatutnya harus meningkatkan sistem penyejukkan dan pelinciran untuk model GT4, bermakna Cayman GT4 sepatutnya mampu menghasilkan lebih dari 400 hp.  Mungkin ianya persoalan untuk mengekalkan keseimbangan antara kuasa dan cengkaman, atau mungkin Porsche sekali lagi memberi kelemahan pada Cayman untuk memastikan keungguan 911 sebagai kereta halo.  Ini adalah soalan yang hanya boleh dijawab oleh pemiliknya dan peminat.

Cayman-GT4-8

 

Previous post

Kereta BMW, Mini & Rolls Royce Digodam

Next post

Perodua Tweckbot Kembali Untuk Tahun Kambing

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *